‘Terima kasih haters,” kata model dan pelakon Haneesya Hanee sejurus ditemui selepas  diumumkan sebagai artis wanita baharu popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32).

Tambah gadis berusia 19 tahun ini, dia menghargai setiap komen diterima oleh netizen.

“Walaupun sering dihentam di laman sosial, saya berterima kasih kepada mereka yang memang kewujudan saya di dalam industri.

“Hadiah ini untuk mereka. Kepada yang membenci saya, terima kasih kerana tanpa anda saya tidak mungkin berada di sini,” katanya.

Dalam masa sama, Hanee juga berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan berita sensasi sebaliknya fokus kepada kerjaya seni.

ABPBH 32 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya disiarkan di TV3 pada jam 9 malam, hari ini.