Hiburan By: SGMS Faida November 29, 2019 @ 2:21pm

‘Tidak Adil Tuduh Begitu’- Neelofa

“Sebagai seorang adik, sudah tentu saya akan sokong berada di samping dia,” demikian kata pengacara terkenal, Neelofa berhubung kemelut rumah tangga kakaknya, Noor Nabila.

Neelofa memberitahu tidak adil sekiranya orang luar menuduh dirinya campur tangan dalam masalah yang melanda Nabila dan suaminya, Sharnaaz Ahmad.

“Tidak adil untuk membuat tuduhan sebegitu. Keluarga pihak sana pun pasti akan bersuara di media sosial, buat benda yang sama jadi tidak adil menuding jari sebelah pihak sahaja.

“Menyokong dan bersuara, jadi pada saya sama sahaja,” katanya.

Tambah Neelofa, dia gembira melihat keadaan kakaknya yang bertambah positif walaupun berdepan dengan masalah peribadi.

“Saya gembira untuk dia, saya sayangkan dia dan sangat sayangkan anaknya, Jebat Jayden.

“Keluarga kami memang sangat supportive pada kakak, bukan saya sahaja malah kawan-kawan dan sepupu sentiasa ada untuk dia,” katanya.

Neelofa ditemui pada majlis pelancaran kasut koleksi khas Neelofa bersama Giuseppe Zanotti yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur semalam.

Dalam masa sama, dia melihat kakaknya lebih matang dan kuat selepas melalui ujian ini.

“Pengalaman ini membuatkan dia lebih bersedia untuk mempertimbangkan sekiranya bertemu jodoh lain selepas ini.

“Saya lihat dia semakin kuat dan banyak benda dalam menempuh perbicaraan seterusnya berhubung kes penceraian ini,” akhiri Neelofa.

Terdahulu, pelakon drama Hati Bukan Kristal di TV3 itu dilaporkan menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden berusia setahun.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Pelakon Eiffel…I’m In Love Saphira Indah Meninggal Dunia

Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Saphira Indah…

Hiburan Sun, 4 Aug 2019

Dua Kali Berpisah, Siapa Mr. W Dalam Hidup Sasha?

Sasha dalam fasa berkawan tetapi tidak menolak jika dia jodohnya.

Events Sat, 12 Nov 2022

“Sebelum Ini Saya Datang Sebagai Penyanyi, Kali Ini..” – Ernie Zakri Galas Tanggungjawab Berbeza Di SFMM37

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri berjaya melayakkan diri ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) dengan mempertaruhkan Korban. Menurut Ernie, SFMM37 membawa satu kelainan kerana buat pertama kali, dia menggalas tiga tanggungjawab yang berbeza. Ernie […]

Hiburan Sun, 22 Oct 2023

Sumbang Sebahagian Hasil Konsert, Ella Bantu Palestin Sedaya Termampu

Semoga Ella dimurahkan rezeki! Ayuh sama-sama kita support konsert Ella untuk bantu saudara kita di Palestin.

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Joe Flizzow, Marini Kahwin Tahun Depan?

Wah…tahniah Joe Flizzow dan Marini Ramlan! 

Featured Mon, 7 Nov 2022