Hiburan By: SGMS Faida July 26, 2018 @ 12:24pm

Tony Eusoff Selesa Watak Komedi

Kita akan cuba dapatkan baby!

Tapi umur kita dah macam ni, boleh ke?

Belum cuba, belum tahu kan?

Nah, saksikan sendiri keriuhan rumah tangga pasangan Razak dan Najwa dalam ‘Projek Dapat Baby’ bermula 30 Julai nanti. Drama arahan Syed Fariz ini bakal ditayang di saluran Youtube dan Facebook bermula 30 Julai ini.

Mengisahkan kehidupan suami isteri yang masih berusaha mendapatkan zuriat, anda mungkin stress mendengarnya kan? Tetapi, jangan salah faham kerana Projek Dapat Baby ‘berat’ dengan unsur komedi.

Drama ini turut mengetengahkan suka duka pasangan suami isteri yang gigih mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional dalam usaha mendapatkan anak.

Kata Tony Eusoff yang memegang watak utama dalam drama ini memberitahu kali pertama dia ditawarkan untuk berlakon, dia segera bersetuju.

“ Jujurnya, saya suka bawa watak yang ada elemen komedi.

“ Memandangkan watak Razak dalam drama ini seorang yang kelakar dan karakternya ceria, saya terus setuju.

“ Kerja di set penggambaran agak penat tetapi jika suasana dan jalan cerita yang diberikan menimbulkan suasana ceria, saya ikut teruja. Projek Dapat Baby memang kena dengan jiwa saya,” katanya yang ditemui di Najwa Medispa, Evo Mall, Bangi, sebentar tadi.

Drama bersiri online ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti Rita Rudaini, Susan Lankester, Fikry Ibrahim, Eyka Farhaba, Louisa Chong, Azhar Sulaiman, Mr Kokom dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Sep 2021

Bantuan Wang Ihsan Dinaikkan Sehingga RM1,000 Kepada Setiap Isi Rumah – PM

Alhamdulillah, ini untuk persediaan lah kiranya…

Featured Fri, 1 Apr 2022

“Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa..” – Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

Sebak pula mendengar pendapat Raihan mengenai isu penyanyi nasyid tersebut..

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Wed, 14 Aug 2019

Semoga Lekas Sembuh…Doakan Shalma Eliana!

Sweet Ismail Izzani, semoga cepat sembuh!

Hiburan Tue, 11 Jun 2019
Featured Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Tunjuk 6 Pax ke 1 Pax?” – Selamba Tiru Aksi Abang Bomba! Gelagat Johan Cuit Hati Netizen

Bukan main eh Johan membahan 🤣 Agak-agak korang lulus tak Johan kalau jadi abang bomba? 😅

familuv Fri, 24 Feb 2023
Featured Thu, 17 Mar 2022

Penantian 15 Tahun Berakhir, Puteri Reunion 2022 Akan Bersiaran Syawal Ini!

Akhirnya! Drama Puteri buat comeback gais! Sama-sama kita nantikan Syawal ini! Kita Enjoy 😜😂🥳