Sebaik sahaja persembahan dari kumpulan Drama Band selesai pada #AJL34 lalu, ramai netizen bising mengenai konsep penceritaan persembahan kumpulan tersebut. Walaupun dianggap cuba membangkitkan isu kontroversi, namun ramai yang menganggap ini bukanlah tindakan yang bijak buat kumpulan itu terutamanya pada #AJL34.
Justeru itu, vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza memohon maaf kepada pihak-pihak yang tersinggung terhadap persembahan mereka menerusi laman instagram miliknya.