Wow! Anak Beckham Cuba Nasib Di Korea Selatan
By: SGMS Faida
16 May 2018, 05:21 AM

Nampaknya, dalam ketiga-tiga anak lelaki David Beckham, ada seorang yang mewarisi bakat nyanyian yang dimiliki isterinya, Victoria Beckham.

Semuanya gara-gara tersebar maklumat mendakwa anak ketiga bekas bintang bola sepak Real Madrid itu, iaitu Cruz Beckham sudah menghantar pencalonan untuk menyertai uji bakat pengambilan artis baharu di sebuah syarikat pengurusan di sana, Stardium.

Memetik Soompi, pihak Stardium tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai permohonan Cruz namun tidak pula menafikan perkara tersebut ketika ditanya pihak media.

"Ada khabar yang kami dengar anak ketiga David Beckham menghantar permohonan untuk sertai uji bakat The Man, sebuah kumpulan baharu.

"Kami sudah melihat senarai pencalonan dan tidak menafikan bukan hanya warga negara Korea yang berminat sebaliknya kami juga banyak terima borang permohonan daripada rakyat pelbagai negara," kata satu sumber dalaman syarikat pengurusan tersebut.

Sementara itu, bakat nyanyian Cruz, 13, mula diberi perhatian selepas ibunya sering kali berkongsikan video nyanyian anaknya di laman Instagram peribadinya.

Dari situ, kebanyakan peminat Victoria menyarankannya untuk menggembangkan lagi bakat anaknya yang diwarisi daripada bekas ahli kumpulan Spice Girls itu.

Jika Cruz lebih berminat dengan bidang seni suara, abang sulungnya, Brooklyn, 19, pula lebih cenderung dalam bidang fotografi manakala abang keduanya, Romeo, 16, pula bergelar model kanak-kanak yang sudah menghiasi iklan jenama mewah dunia, Burberry.



GAMBAR XTRA

ARTIKEL XTRA

Alicia Amin Tunjuk F**k Tak Dapat Arak Di KLIA?

Selalu Dating, Rahsia Bahagia Justin Timberlake Dan Isteri

Meghan Markle Sahkan Bapanya Tak Hadir Perkahwinan Diraja

TAEYANG TIE THE KNOT 3 FEBRUARI INI?

Usia 60 Tahun Bukan Penghalang, Amy Search Dapat Anak Lagi?

Kenapa Zizi Kirana Digelar Bodoh Dan Munafik?

BERITA TERKINI

1
19 Jun 2018, 04:23 AM

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

2
19 Jun 2018, 01:54 AM

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

3
19 Jun 2018, 01:43 AM

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

4
19 Jun 2018, 01:23 AM

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

5
18 Jun 2018, 02:17 PM

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat...

6
18 Jun 2018, 12:09 PM

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

7
18 Jun 2018, 07:59 AM

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah...

8
18 Jun 2018, 07:39 AM

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

9
18 Jun 2018, 04:42 AM

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi...

10
18 Jun 2018, 04:29 AM

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta