Hiburan By: SGMS Fas April 26, 2018 @ 1:49am

Zul Ariffin Kepit Pinggang Farah. Apa Tandanya?

Pelakon Zul Ariffin, 31,  memuat naik gambarnya berkepit dengan bintang yang sedang meningkat naik, Farah Nabilah, 26, melalui laman Instagramnya malam tadi.

Korang rasa, jika dah sedondon rona baju malah tangan Zul memeluk pinggang Farah, apa tandanya?

Sudah tentu ada sesuatu pertalian di sebalik hubungan mereka ya tak, mustahil sekadar teman mesra sahaja kan?

Dengan caption ringkas menyebut ‘Mummy’ diiringi tanda ikan (mummy fish), membawa makna yang mendalam dan hanya mereka berdua memahaminya!

Barangkali  pelakon ‘Ini Kah Cinta’ (judul drama TV3, slot Dahlia) ini sudah pun menemui cinta sejati bersama Zul Ariffin?

Walau pun keduanya tidak mengiya atau menafikannya namun daripada gambar yang dimuat naik sudah tentu ada bibit-bibit cinta yang sedang mekar.

Kredit: Instagram Zul Ariffin.

Sejak aktor ‘J Revolusi’ ini memuat naik gambar bersama Farah, rata-rata netizen memuji keduanya sweet dan sepadan malah  mendapat 133,446 tanda suka.

Mereka mendoakan agar kali ini hubungan pasangan serasi dalam drama rantaian ‘Titian Cinta’  yang sudah pun lama berakhir Oktober tahun lalu melalui slot Akasia TV3 ini meniti cinta mereka hingga menjadi nyata.

Sementara itu, Zul yang ditemui pada  majlis pertunjukan fesyen raya “Prima Valet’ turut diasakkan dengan persoalan berhubung foto ‘anu’ yang tersebar baru-baru ini

Menurut Zul laman Instagramnya sering digodam walau pun  ada tiga individu dipercayai  mempunyai akses terhadap kata laluannya untuk membantunya apabila perlu.

Yang penting Zul menjelaskan bekas kekasihnya, Zahirah MacWilson tidak ada kata laluan IG nya.

Jadi u alls, tidak timbul lagi keraguan yang Zahirah terbabit menggodam akaun Zul. Jangan fitnah ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Sep 2023

Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew

Moga kebenaran berpihak pada yang benar 🔥

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Wed, 18 Oct 2023

PU Abu Beri Bayangan Rumah Tangga Dengan 2 Isteri Bergolak?

Semoga semua urusan PU Abu dan isteri-isterinya dipermudahkan 🤲

Hiburan Tue, 29 Aug 2023