Events By: SGMS Faida March 9, 2019 @ 10:59am

Bantu Golongan Sederhana, PKNS Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

Membina lebih banyak rumah mampu milik (RMM) di Selangor terus menjadi keutamaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan rumah pada harga berpatutan, sekali gus memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak bin Hashim berkata, komitmen itu juga selari dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ingin membina 1 juta RMM dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurutnya, PKNS yakin pembinaan RMM yangdijenamakan sebagai Rumah Selangorku Idaman PKNS ini dapat merealisasikan kehidupan lebih baik kepada rakyat negeri ini.

“ Di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley (SCV), hari ini PKNS telah melancarkan 864 unit termasuk empat unit orang kurang upaya (OKU) Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi yang dijual pada harga RM232,000 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi.

“ Bercirikan gabungan seni bina unik dan moden, Selangorku Idaman Residensi dibina di atas tanah berkeluasan 14.41 ekar (58,328 meter persegi) di mana setiap unit dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air,” katanya ditemui pada majlis pelancaran projek berkenaan.

Ujar Ishak, pangsapuri yang dibina dengan dua blok iaitu Blok A (14 tingkat) dan Blok B (15 tingkat) itu dijangka siap pembinaannya pada Disember 2020, manakala jangkaan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC)diperolehi pada pertengahan tahun 2021.

“ Kelebihan projek ini adalah ia turut dilengkapi dengan ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan, ruang tadika, lif dan empat tingkat tempat letak kereta bertingkat.

“ Selain itu, Selangorku Idaman Residensi terletak di pembangunan bandar pintar yang berdekatan dengan lebuh raya utama iaitu, Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX serta hanya mengambil masa 15 minit ke Putrajaya dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

“Malah, ia juga hampir dengan pelbagai kemudahan lain yang pastinya menjadi faktor utama diberi perhatian oleh bakal pembeli sebelum membuat keputusan membeli sesebuah kediaman dan hartanah,” katanya.

Tambahnya, ia terletak berhampiran Cyberjaya dan Putrajaya, SCV yang merupakan pusat pertumbuhan baharu ke-11 dibangunkan PKNS dilihat mampu menjadi kawasan tarikan bagi peluang pelaburan dan perniagaan setaraf bandar di sekitarnya.

Justeru, beliau menggesa penduduk di Selangor yang belum memiliki rumah dan mahu memiliki RMM PKNS perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS)

Pendaftaran katanya, boleh dibuat sama ada pergi ke pejabat atau secara dalam talian kerana LPHS mengawal sepenuhnya penawaran RMM PKNS.

“PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan projek boleh melayari laman sesawang www.pkns-property.com atau Facebook PKNS Property, selain hubungi wakil jualan di talian 019-2139991, 018-2051713, 014-3361891, 017-3634821, 013-5224122, 019-6994004 dan pejabat Bangi 03-89262000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Fri, 3 Jan 2020

Kesan Buruk Gula Terhadap Tubuh Badan

Berhenti Jadikan Anak Anda Penagih Gula, Ketahui Kesan Buruk Gula Terhadap Tubuh Badan

LIFESTYLE Thu, 9 Jan 2020

Teknik Hilang Sakit Kepala Tanpa Ubat Dalam Masa 5 Minit

Pengalaman sakit kepala bukanlah merupakan sebuah pengalaman yang seronok. Lebih-lebih lagi sekiranya ia terjadi sewaktu ada berada jauh daripada akses kepada ubat-ubatan seperti Panadol dan Paracetemol untuk melegakan kesakitan tersebut. Namun, ramai yang tidak tahu […]

Events Wed, 14 Sep 2022
Events Mon, 25 Mar 2019

Ini Senarai Pemenang Drama Pendek Dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019!

Tahniah diucapkan buat semua peserta DFKL 2019!

Fab Foodies! Thu, 21 Dec 2017

THIS STALL IN BANGSAR SELLS NASI KANDAR FOR RM3 ONLY!

Hardcore foodies everywhere, you’re welcome!

Events Fri, 1 Nov 2019

叶良财直呼爆冷!贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》获最佳电视剧

贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》成功突围,杀出一条血路,获颁ASK2019「最佳电视剧」。

Events Tue, 8 Jan 2019

Our Sanrio Times Exhibition Extended til February!

There’s more time for family fun.

LIFESTYLE Tue, 20 Mar 2018

搭云霄飞车上路!日本「超陡」江岛大桥让人紧张

这座看起来像云霄飞车一样刺激的大桥其实是在日本连接鸟取县与岛根县的江岛大桥;全长1.7公里,达44公尺高,路桥的坡度让你开车就像坐云霄飞车一样刺激,。

LIFESTYLE Wed, 3 Apr 2019

你不可不知的清明扫墓小常识!

扫墓这个传统习俗,除了农历新年外是华人很重视的日子,但是你知道吗?清明节扫墓有着很多的讲究……