Events By: Attiqah Mohd March 21, 2019 @ 2:38pm

Cuti Sekolah Bermula! Jom Kunjungi Karnival Ejen Ali Di Sunway Velocity Mall

Siri animasi TV3 iaitu Ejen Ali memulakan jelajah karnival Misi: MATA Academy pada tahun ini di Sunway Velocity Mall. Karnival ini berlangsung pada 20 Mac sehingga 2 April 2019. Apa yang menariknya mengenai karnival ini? Pastinya, pelbagai aktiviti untuk korang para peminat Ejen Ali.

Terdapat aktiviti permainan seperti pertandingan, arena latihan berhalangan, puzzle, bridge walk dan sebagainya! Menarik, bukan? Buat ibu bapa yang ingin meluangkan masa berkualiti  pada cuti hujung minggu bersama anak-anak, jangan melepaskan peluang untuk mengunjungi karnival ini.

Selain itu, terdapat juga pelbagai barangan Ejen Ali seperti buku, majalah, beg sekolah, alat tulis dan banyak lagi menanti korang di karnival ini.

“Kami sangat teruja dengan  karnival pada kali ini dan mengharapkan sambutan hangat daripada peminat-peminat Ejen Ali. Untuk karnival ini, kami menyediakan sesuatu istimewa iaitu tayangan trailer bersempena Filem Ejen Ali yang bakal ditayangkan pada bulan Disember “ujar Airin Zainul, Pengarah Perlesenan dan Penjenamaan Media Prima Berhad.

“Pihak produksi  sebenarnya telah membuat persiapan sejak tahun lepas, bajet yang kami keluarkan juga adalah besar. Semestinya kami mengharapkan filem ini mendapat kutipan box office” ujar Encik Fuad, Eksekutif WAU Animation.

 

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai kita serbu Sunway Velocity Mall dan berpelung untuk menjadi seperti Ejen Ali dan rakan-rakan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Boikot Neelofa Sampai Bakar Tudung?

Wanita ini mengambil tindakan membakar tudung Neelofa atas alasan tidak mahu membawa nama Neelofa kemana-mana sahaja beliau pergi.

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Featured Wed, 1 Mar 2023
Kisah Viral Tue, 26 Mar 2024
Hiburan Mon, 13 May 2019

Slash Tampil Single Berkonsepkan Religi?

Tak sabar rasanya nak dengar lagu terbaru dari kumpulan Slash!

Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Featured Wed, 14 Jul 2021

Bimbang Kes Semakin Tinggi, Netizen Beri Sokongan & Simpati Buat Dr Noor Hisham

Semalam, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan 11,079 kes manakala hari ini pula, ia mencatatkan 11,618 kes baru. Bilangan kes baru yang semakin membimbangkan ini terus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Semalam, Ketua […]