Events By: Salma Syahbuddin November 13, 2017 @ 5:00am

SIAPAKAH 12 FINALIS YANG BAKAL  MEMONOPOLI PENTAS AJL32? NANTIKAN!

Kini terungkai lah sudah 12 senarai finalis yang bakal menggegarkan pentas Anugerah Juara Lagu 32 pada 11 Februari 2018.

Lagu Aku Cinta antara yang layak ke AJL32

Setelah tiga minggu berturut – turut disiarkan secara langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Keputusan final itu telah diumumkan oleh Pengacara Muzik-Muzik iaitu Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad.

Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad pada SFMM32

Antara 12 lagu yang bakal berentap adalah, Akhirnya Cinta (Salma/Ajai/Slen), Bayang (Khai Bahar/ Alam/ Patrick Anahoda), Sejati (Faizal Tahir/ Mike Chan/ Azmi Caliph Buskers), Amboi (Altimet/ Navigator), Aku yang Sebenar (Hazama The Penglipurlara/ M.Nasir/ Ad Samad), Warkah Untukmu (Ara Johari/ Hang Nadim/ Laq)

Lagu lain ialah, Separuh Matiku Bercinta (ciptaan sepenuhnya oleh Ajai), Aku Cinta (Syamel & Erni Zakri / Syamel), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli/ Gouffran/Ibnu), Jampi (Hael Husaini / Ezra Kong), Menahan Rindu (Wany Hasrita/ Ibnu. Gouffran), dan Lebih Sempurna (ciptaan sepenuhnya oleh Syamel).

Kesemua 12 lagu finalis ini telah pun dinilai sepenuhnya oleh juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail (Ketua Juri) , Pak Ngah, Azmeer, Edri Hashim, Helen Yap, AG Coco, dan LY.

Pentas SFMM32 dihangatkan dengan persembahan Bunkface dan Tam Spider

Pentas SFMM32 ini juga turut digegarkan dengan persembahan bertenaga daripada Kumpulan 6IXTH Sense, Bunkface dan Tam Spider.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Hampir Setahun Menunggu, Aishah Kecewa Dipermainkan?

ihak sana ada memberitahu mahu berjumpa selepas raya haji tapi sampai sekarang masih diam tanpa berita. Sehingga sekarang, saya masih tertunggu-tunggu jawapan. Kalau anda jadi saya, sudah tentu anda juga rasa kecewa bukan?

Featured Tue, 20 Sep 2022