Anda mencari koleksi pakaian yang menggunakan fabrik mesra tubuh selain praktikal untuk digayakan ke pejabat atau majlis keramaian? Koleksi pakaian Temujanji X Wanpa adalah item yang anda cari.
Kesemua koleksi pakaian Temujanji X Wanpa mengetengahkan tema girl next door, sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya kasual moden.
Temujanji merupakan label fesyen yang diusahakan oleh pereka fesyen muda yang sedang meningkat naik pada masa ini, Datin Seri Suzie Eryanty.
Kolaborasi Temujanji X Wanpa ternyata cukup istimewa apatah lagi koleksi 27 rekaan jenama itu diperagakan di pentas Minggu Fesen Kuala Lumpur (KLFW) 2019 yang berlangsung di Pavilion baru-baru ini.
“Alhamdulillah, tahun ini Temujanji kembali di persada fesyen dengan koleksi terbaharu. Pada masa sama Temujanji turut menghasilkan kolaborasi bersama jenama terkenal, Wanpa.
Saya mahu kolaborasi ini menjadi salah satu usaha bagi menempa nama dalam industri fesyen,” tutur wanita cantik berketurunan Melayu-Portugis-Cina ini kepada Hijab & Heels.
Antara selebriti yang pernah menyarung rekaan koleksi daripada Temujanji ialah Erin Malek, Yana Shamsudin, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Nadia Brian dan ramai lagi.
Kesemua koleksi ini ditawarkan pada harga mampu milik bermula dari RM79 hingga RM279 manakala bagi tempahan busana perkahwinan, harga bermula dari RM 1500.
Bagi yang berminat, anda boleh membuat pembelian atau tempahan menerusi laman Instagram Temujanji atau terus ke Boutique Saville yang terletak di Melawati.