Events By: Salma Syahbuddin February 4, 2018 @ 4:21am

10 PORT INSTA-WORTHY (KAMI SERIUS) DI #GOGEGARIA FEST!

Team xtra berpeluang singgah ke #GoGegaria Fest di Plaza Angsana Johor Bahru yang berlangsung sepanjang 3 Februari 2018, lokasi kedua selepas acara yang sama diadakan di Setia City Mall! Hasil kembara ‘usha’ selama 2 jam, nah kami kongsikan 10 Port Insta-Worthy WAJIB RAKAM di #GoGegaria Fest (pastinya dengan cadangan sudut paling xtra buat anda, instagrammer tegar!)

 

  1. Dinding Seribu Jendela

 

 

Pernah dengar mengenai kota seribu tingkap yang sinonim dengan bandar Jogjakarta di Indonesia? Nah, #GoGegaria Fest bawakan ribuan tingkap ini istimewa buat anda. Bidik lensa dari sudut tepi untuk gaya hip, dan laraskan tetapan warna menggunakan pelbagai aplikasi ‘editing’ gambar percuma di telefon pintar anda sebelum memuat-naik ke laman Instagram!

 

  1. Calling All Malaysians! Act Now.

 

Respect. Love. Muhibah. Abadikan momen indah di set rekaan hipstur bertemakan perpaduan, ayuh sokong semangat hidup bermasyarakat di negara kita! Tetapkan mod kamera ke pencahayaan siang dari sudut bawah / membumi ke arah objek (kami jamin sang jejaka / gadis akan kelihatan lebih tinggi menawan dan pastinya, xtra ohsem!) 

 

  1. Menara Vanakkam! (Selamat Datang) #GOGEGARIA

 

Sudut simetri sememangnya xtra ‘cun’ di arena Menara yang menyambut kehadiran ramai, ditambah dengan  penampilan pasangan jejaka dan gadis. Sulaman warna pastel yang menghiasi Menara pasti menambah ‘mood’ di laman Instagram anda! Cara bergambar? Mudah! Hanya ‘straight to the point’ dari sudut paling simetri.

 

  1. Biskut? Imbau kenangan Biskut Mayat di BISKOTIN!

 

Dengan gaya bersahaja di hadapan deretan tin biskut lama (atau mahu gambar xtra hip? Bidiklah lensa sambil berjalan) pasti menambah tarikan di laman Instagram anda (kami pasti ramai yang teruja dengan tambahan ‘deep caption’ anda kelak). Mahu yang xtra ekstrim? Gayakan aksi sambil membuka (malah mengunyah biskut) tin di deretan set nostalgia ini!

 

  1. Batang Paip? Say It, Feel It!

 

Acapkali batang paip hanya menyalurkan air, bukan? #GoGegaria Fest tampil lebih kreatif dengan idea saluran suara menerusi batang paip yang telah diubah-suai! Disalut warna pastel (banyak betul warna pastel di sini!), ambil gambar dari sudut tepi sambil menggayakan aksi selamba anda (lebih xtra? Gaya si model paling cocok – walaupun kami tahu anda bukan model!), pasti menimbulkan tanda tanya si rakan yang melayari laman sosial kamu kelak! Yes, say it and feel it – walaupun batang paip!

 

  1. Arena Lepak Chillax!

 

 

Tak perlu menapak jauh ke Empire Damansara di Petaling Jaya (buat yang di luar Lembah Klang) atau menunggu sehingga detik tengah malam di Skrin Angkasa, pusat bandaraya Johor Bahru (demi menanti sehingga tiada kenderaan di atas jalan raya) untuk bergambar dengan deretan payung indah di udara; Chillax di #GoGegaria Fest bawakan set cantik ini buat anda! Rasai pengalaman seolah menghadiri konsert ‘Indie’ di Hollywood (senang cerita bagai di padang rumput / berpasir macam dalam filem!)

 

  1. Kontena Throwback Tunnel

Sumber : Instagram @georgie_joseph

 

Pasti ramai tidak tahu sudut terbaik untuk bergambar di bahagian luar kontena yang telah diubah-suai ini! Nah kami tampilkan sudut xtra cun, lain dari yang lain – sudut tepi dari bawah memadai, bukan?

 

  1. Down the Memory Lane – set TV lama!

 

Paling ‘rare’ di tahun 2018, set TV lama! Nah #GoGegaria bawakan kenangan tontonan lampau menerusi set TV berusia ini, pastinya anda boleh bergambar secara bersahaja bersama set ini – dan tetap mengujakan rakan-rakan ‘millenial’, kami serius!

 

  1. Kapsyen Sepanjang Zaman

 

Fuh, bunyinya sahaja dah menggerunkan! Ya, ‘Throwback Tunnel’ menampilkan himpunan kapsyen terbaik dari tokoh negara menerusi susun-atur yang cukup hip dan trendy! Bergambar bersama kapsyen ini (atau aksi ‘candid’ untuk xtra ohsem) dan muat-naik ke laman sosial anda!

 

  1. Yang Terakhir – Blok Logo #GoGegaria!

Buatlah aksi apa sahaja berlatar-belakangkan blok logo ini, ianya akan terus terhasil menawan (walau kami tahu rupa anda mungkin ‘lunyai’ dek bergambar di arena lain terlebih dahulu – panas kan!), yes – ini adalah WAJIB buat kenangan yang kamu telah hadir ke #GoGegaria Fest 2018!

Oh ya, jangan lupa ke lokasi terakhir acara ini bertempat di Perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 Februari 2018 kelak – sertakan tanda pagar #GoGegaria di setiap ‘posting’ laman media sosial anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Mar 2023
Featured Tue, 7 Nov 2023

Tampil Anggun Bertudung Labuh, Nadia Brian Syukur Terima Komen Positif Peminat – “Saya Memang Ke Arah Itu”

Pelakon Nadia Brian bersyukur dan terkejut apabila menerima banyak komen positif dalam kalangan netizen yang memuji penampilannya bertudung labuh. Menurut Nadia atau nama penuhnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32,  walaupun dia belum mengambil keputusan untuk […]

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Selamat Tinggal, Boyzone!

Boyzone turut memilih Indonesia kerana sambutan di kalangan peminat yang diterima amat luar biasa!

Events Wed, 11 Jul 2018

Anda Peminat K-Pop? Jangan Lepaskan Peluang Untuk Dapatkan Barangan Eksklusif Daripada Wanna One Hanya Di Cj Wow Shop

Buat pelanggan mahupun peminat Wanna One yang membeli barangan eksklusif ini, anda juga layak menerima hadiah misteri daripada kumpulan popular mereka.

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

肥妈什么料都敢爆!唯独对「他」会手下留情

相隔不到半年,叶丽仪、陈洁灵和玛俐亚再度联手,于8月10日重返云顶举办《三大超豪亚洲天后云顶2019》演唱会,以60至70年代歌曲及服装打扮,与歌迷重温当年情!

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Featured Sun, 7 May 2023

Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung & Angin Ahmar

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam Takziah Kaka dan keluarga 🥲🥹❤️

Hiburan Mon, 11 Nov 2019

Naim Daniel Kena Marah?

Siapa ‘sekolah’kan Naim Daniel?