Siapa sahaja yang melihat kepada keayuan Laudya Cynthia Bella pasti akan jatuh cinta bukan sahaja pada lenggok sopannya tetapi sifat yang peramah dan baik hatinya akan membuatkan sesiapa sahaja yang dekat dengannya merasa setiap aura positifnya itu.

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran, Bella banyak menghabiskan masanya dengan berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia bagi menguruskan perniagaan Bandung Makuta nya disana. Dan disebabkan itu juga, segala gerak-geri dan kehidupan pasangan ini menjadi perhatian pihak media. 

Baru-baru ini, Engku Emran telah memuat naik gambarnya bersama Bella dan gambar tersebut kelihatan Bella hampir menciumnya ketika sedang menikmati makan malam bersama di restoran n97 Bangsar, milik Nedim Nazri.

Dalam entri tersebut juga, Engku Emran telah menulis caption yang Bella sedang mengugutnya supaya memberikan malam yang diinginkannya. Jika tidak! Bella akan menjadikannya santapan untuk makan malam tersebut.

Namun, ugutan dari Bella itu disifatkan sebagai ugutan romatik dan rata-rata peminat menyifatkan pasangan ini adalah pasangan yang bahagia.

Engku Emran dan Bella selamat diijab kabulkan pada 8 September 2017.