Siapa kat sini baru daftar atau masuk ke universiti? Dah ready ke nak tempuh hari-hari yang sibuk dengan assignment, proposal, kelas, perbincangan dan sebagainya? Larat keee nak hadap? Dahlah banyak gila task takut tak terkejar semua tu… Kalau zaman sekolah rendah dulu mungkin ada mak ayah boleh tolong ingatkan apa perlu buat dan sebagainya. Kalau zaman universiti, tiada siapa melainkan diri anda sendiri kena ingat dan buat semua tu. Barulah ada rasa tanggungjawab! Jangan pening-pening, kali ni kami berbaik hati nak bantu ringankan beban anda semua. Jom download 4 aplikasi terbaik ni dalam membantu menguruskan dan memudahkan urusan harian
anda… Semuanya PERCUMA!

1. Office Lens

Aplikasi Office Lens memang satu aplikasi hebat dari Microsoft yang membolehkan anda mengambil gambar dari dokumen, papan putih, papan hitam, majalah, resit dan lain-lain lalu menukarkannya kepada teks yang boleh diedit dan dikongsi antara rakan sekelas. Hebat kan? Walau angle anda jauh dari subjek, ia boleh menjadikan gambar lebih tajam dan menangkap subjek dengan fokus tanpa ada bayang sekalipun. Lalu, anda boleh simpan gambar itu sebagai fail format PDF, Word atau Powerpoint. Download Office Lens untuk peranti iOs dan Android di sini.

2. Sleep Cycle alarm clock

Mendapatkan tidur yang cukup penting untuk pendidikan lebih sempurna dan tenaga secukupnya bagi menempuh cabaran hari esok. Tetapi, tidur yang cukup bukan dikira dari berapa jam anda tidur tapi bagaimana kitaran tidur anda sehari-hari… Sleep Cycle akan menggunakan mikrofon dan/atau accelerometer untuk mengenalpasti gaya tidur dan mengejutkan anda dari tidur pada masa yang sesuai. Terdapat juga versi premium dengan ciri hebat seperti menilai kadar degupan jantung, Philips Hue integration dan pengesanan dengkuran. 

3. Mathway

Anda stuck ketika menyelesaikan soalan Matematik? Mungkin Mathway boleh bantu. Anda cuma perlu taip permasalahan atau ambil gambar soalan dan Mathway boleh bagi jawapan dalam sekelip mata! Ia mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan Matematik dari peringkat asas dan pre- algebra sehingga calculus, statistic dan graphing. Ada Mathway versi premium juga, tapi mahal sedikitlah. Tapi jika anda sanggup berhabis sedikit duit untuk membeli versi premium, anda akan menerima step-by- step cara menyelesaikan setiap
permasalahan. Bukan sekadar jawapan!

4. Goodbudget

Pernah tak ibu bapa anda ajar bagaimana untuk membelanjakan wang dengan cara betul iaitu mengasingkan setiap keperluan dalam sampul surat. Goodbudget mengambil idea itu ke arah digital dengan menggunakan konsep sama untuk perbelanjaan barang dapur, pengangkutan, hiburan, minyak kereta dan macam-macam lagi. Jika ada baki duit yang tidak digunakan, ia akan dicampur bersama duit belanja bulan hadapan untuk kegunaan lain. Hebatkan? Untuk aplikasi versi percuma, anda akan dapat 10 sampul surat biasa dan 10 sampul surat tahunan untuk kegunaan 2 peranti. Makin teratur duit anda nanti!

Tunggu apa lagi? Download semua aplikasi ni sekarang!