Trending By: Salma Syahbuddin May 3, 2018 @ 4:22am

5 Tips Jangan Biarkan Haiwan Comel Ini Kurang Kasih Sayang!

Menurut kajian yang dijalankan oleh Australian Veterinary Association pada tahun 2016, semakin banyak masa kucing berada di rumah dengan selamat, semakin berkurang risiko kecederaan, kematian berpunca dari kemalangan jalan raya, bergaduh dengan kucing lain serta risiko menghidap penyakit.

Kajian tersebut juga berjaya membuktikan bahawa, kucing yang dibela di rumah mampu hidup 4 tahun lebih lama daripada kucing yang dibiarkan di jalanan. Tetapi,  statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) menunjukkan, aduan kes pembuangan kucing semakin meningkat saban hari? Jadi, apakah langkah yang patut diambil untuk menjaga spesis haiwan comel ini  daripada dibiarkan terbiar dan kurang mendapat kasih sayang? Bersempena kempen Sayangi Haiwan  yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi gergasi, Celcom, kami kongsikan beberapa tips untuk pencinta si comel ini dan haiwan peliharaan yang lain!

1. Selamat dan sihat

Mandikan haiwan peliharaan anda untuk memastikan haiwan kecil ini terhindar dari sebarang penyakit yang mudah berjangkit. Dan, sentiasa periksa tingkap, pintu, dan balkoni anda untuk memastikan kucing tidak keluar tanpa anda sedari sekaligus memastikan kucing sentiasa selamat dari sebarang perkara yang boleh membahayakannya.

2. Menyediakan Makanan yang Terbaik Buat Haiwan Peliharaan Anda!

Sentiasa sediakan makanan yang segar dan air yang mencukupi untuk kucing anda dan pastikan kucing anda mengetahui di mana letaknya keperluan asas tersebut. Sama seperti manusia, tubuh kucing terdiri daripada 70% air sama seperti manusia. Jadi, kucing juga perlu banyak minum air tau! Kalau korang nak tahu, kucing merupakan haiwan yang sukakan pelbagai pilihan jenis air. Maka, menyediakan lebih daripada satu jenis air adalah idea yang baik! 

3. Go slowly

Kucing merupakan haiwan yang boleh dilatih dengan melakukan beberapa rutin. Maka, adalah lebih baik jika korang dapat melatih haiwan comel ini secara berperingkat, perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik. Jika kucing tersebut tidak melakukan seperti apa yang korang ajar, korang perlulah bersabar dan jangan putus asa ye. Kucing juga perlukan masa untuk mengetahui bahawa berada di rumah dengan selamat adalah lebih menyeronokkan!

4. Waktu bermain

Bina satu ruang dalaman untuk kucing anda bermain dengan selamat, selesa dan gembira. Kerana, haiwan comel ini juga perlu kekal aktif dengan membiarkannya bermain sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali sehari. Apabila kucing korang sudah terbiasa bermain di dalam rumah, risiko mereka hilang atau sesat di luar rumah juga akan berkurangan. Seterusnya, kes kucing terbiar juga akan dapat diatasi.

5. Mandulkan kucing 

Langkah terakhir adalah menggunakan kaedah neuter iaitu terminologi pemandulan. Proses ini boleh dilakukan oleh veterinar di klinik haiwan berdekatan. Umumnya, neuter memberi banyak kesan baik kepada haiwan peliharaan korang dari segi fizikal dan mental. Secara tidak langsung, kes pembuangan kucing juga dapat dikawal. Takdelah nanti bilangan haiwan comel ini semakin tinggi dan rumah penjagaan haiwan pun takdelah sesak sehingga ada yang sanggup membuang haiwan kecil ini kan?

Justeru itu,  kami percaya bahawa memulihara dan memelihara kucing bukanlah sesuatu yang rumit. Kes kucing jalanan yang terbiar perlu segera dibendung. Ingat! haiwan ini juga sama seperti anda, perlu dikasihi dan disayangi. Macam iklan Celcom ni!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 May 2021

“Cakap Melayu Tak Susah, Memasak Lagi Susah”- Tular Kahwini Pemuda Melayu, Maryam You Narae Kini Muncul Di TV

Pasangan instafamous & selebriti Youtube, Maryam You Narae dan suaminya, Ryzal Ibrahim sudah tidak asing lagi di platform media sosial mereka iaitu DurianKimchi TV. Terbaru, pasangan ini muncul buat kali pertama dengan rancangan TV terbaru iaitu […]

Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Featured Sat, 21 May 2022

“Jaga Adab Dan Lisan…” – Jasmin Hamid Kecil Hati Diperli Macam Ibu & Anak

Netizen memang ikut sedap mulut ja kan nak cakap 😑

Acara Fri, 10 Feb 2023
Featured Sat, 17 Sep 2022

Terkenal Dengan Imej Muslimah, Pelakon Remaja Didakwa Sering Ke Kelab Malam & Berpakaian Tidak Senonoh?

Dengar kata dah tak bertudung dan pakaian sekarang macam betina s*ndal! 👀

Trending Mon, 15 Jul 2019

Helping the Needs with “Suspended Meals”

We all believe in the saying “Giving Will Always Lead to Receiving” and it’s not all about money.

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Featured Wed, 25 Jan 2023
Trending Mon, 13 Jul 2020

Aishwarya Rai, Anak Perempuan Dijangkiti COVID-19

Terkejut! Pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya telah disahkan positif COVID-19. Bekas ratu cantik dunia itu disahkan positif sehari selepas bapa mertuanya, megastar veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, serta suami Aishwarya, Abhishek […]