Kelibat dua ekor ikan paus pembunuh atau ‘Orcha’ dan dua ekor harimau belang yang muncul di negeri Terengganu menjadi “kejutan” buat netizen di laman Twitter. 

Spesies Unik Paus Pembunuh Pertama Kali Muncul Di Dulang

Semalam, dua ekor paus pembunuh muncul di perairan pelantar minyak Dulang berdekatan pantai Kerteh di Terengganu. Kemunculan haiwan spesies unik dan membunuh itu mengejutkan ramai pihak, malah perkara itu menjadi hari bersejarah kerana pertama kali berlakunya insiden seperti itu. 

Dalam video yang berdurasi selama 30 saat itu, dua ekor Orcha dilihat berenang di sekitar perairan dan dipercayai berenang pada kedalaman 76 hingga 80 meter. Rakaman video itu dipercayai dirakam oleh salah seorang petugas perairan berkenaan.

Kelibat Pak Belang Jinak Muncul Di Kampung Dan Jalan Raya

Beberapa hari selepas kemunculan ikan paus pembunuh, muncul pula dua ekor harimau belang di kawasan Bukit Besi , Terengganu. Kemunculan haiwan pemangsa itu mengejutkan orang kampung apabila dilihat berkeliaran di sekitar kampung dan juga di jalan raya.

Haiwan tersebut dilihat jinak dan tidak menyerang penduduk kampung berdekatan yang sibuk merakam kelibat haiwan itu dari jarak yang dekat. 

Malah, beberapa orang penduduk kampung di kawasan itu mengalami detik-detik cemas apabila salah seekor harimau tersebut muncul di kawasan sekitar rumahnya dan bertindak menjilat badannya, salah seorang pelajar UITM (Universiti Teknologi Mara) Bukit Besi turut melaporkan kejadian itu apabila seekor harimau mendekati motosikal yang ditunggangnya.

“Ada Orang Main Jumanji Ke Kat Terengganu?”-Netizen Seloroh Di Twitter

Berikutan “insiden” itu, rata-rata netizen di Twiterr berseloroh dan mengaitkan kejadian itu dengan filem Jumanji. 

Terhibur baca komen komen netizen tetapi apa yang penting keselamatan penduduk kampung dan binatang buas tu dilindungi dan selamat!