Hiburan By: Del14 November 19, 2019 @ 10:00am

Adira Dan Dato’ Red Buang Yang Keruh Demi Anak-Anak?

Minggu lepas terdapat spekulasi di kalangan netizen tentang kemelut rumahtangga di antara penyanyi, Adira Suhaimi dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Dato’ Red.

Adira dan Dato’ Red dikatakan akan berbaik semula apabila Dato’ Red telah memuatnaik paparan skrin perbualan whatsapp di antara penyanyi itu dan seorang wanita dikenali sebagai Fira di Instastories akaun instagram miliknya.

Dalam perbualan whatsapp itu Adira kelihatan memberitahu yang dia ingin menarik balik permohonan penceraian demi anak-anak. 

Semalam, tindakan Adira memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan Dato’ Red sedang tidur di sofa bersama anak ketiga mereka, Anggun dalam akaun Instagram peribadinya menguatkan lagi spekulasi itu. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Adira gembira melihat perkembangan positif hubungan suami isteri ini kerana mereka pun sudah mempunyai tiga orang cahaya mata bersama. 

“Semoga Adira kuat, tabah dan bahagia”

“Semoga kekal bahagia hingga syurga”

“Semoga bahagia bersama insan-insan tersayang hingga ke Jannah Aamiin”

“Saya doakan keluarga kak Adira bahagia hingga ke Jannah..seronok tengok gambar ni Alhamdullillah”

“Alhamdullillah. Adira jangan pernah berputus asa dalam perkahwinan. Saya doakan berbahagia hendaknya sentiasa.

“Alhamdullillah berbaik semula. Biasalah kalau rumahtangga ni banyak betul dugaan.  Kuat tak kuah jika mau lalui. Jadikan kekurangan tu sebagai pelengkap dalam mahligai rumahtangga. Semoga kekal hingga akhir hayat” 

“Alhamdullillah semoga menjadi keluarga yang mawadah dan warrahmah”  antara komen-komen dari pengikut-pengikut Adira. 

Adira turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengikut-pengikut yang telah mendoakannya di dalam ruangan komen. 

“Terima kasih kerana doakan kami. InsyaAllah,” tulis Adira ringkas. 

Terdahulu, Adira telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 1 April lalu. 

Baca: Adira Akhirnya Mengaku Failkan Penceraian

Walau bagaimanapun Dato Red membantah permohonan cerai tersebut dan ingin cuba membaikpulih keadaan. 

Pasangan yang bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Anggrek (2 tahun), Asan (1 tahun) dan Anggun (3 bulan).

Kredit Foto: Instagram @adira.suhaimi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Jul 2021

Comeback is Real! Fafau & AG Kembali Ke Hot FM, Peminat Mahukan FBI Pula

Setelah hampir 5 tahun meninggalkan Hot FM, personaliti radio terkemuka, Fara Fauzana kembali menjalankan tugas di stesen terbabit bersama rakan penyampai, AG. Kehadiran Fara dan AG dijangka merancakkan lagi rancangan GPH bersama-sama Fad Bocey. Menerusi […]

Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Featured Thu, 22 Jul 2021

Bantuan RM 500 Selama 3 Bulan Masih Dibuka Untuk OKU, Jom Mohon!

Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, serta bukan dalam kalangan penerima bantuan Elaun […]

Hiburan Fri, 15 Mar 2024
Featured Tue, 17 Oct 2023

Mahu Puteri Sarah Bahagia, Patimah Ismail Titip Doa – “Mama Reda Pemergian Mu”

Sedihnya! Datin sayang sangat dekat Puteri Sarah ni🤧🤧🤧

Hiburan Wed, 6 Dec 2023