Hiburan By: SGMS Faida May 31, 2019 @ 3:00pm

Air Mata Norman Hakim, Aliff Satar Jatuh Di Penjara Sungai Buloh

Pelakon Norman Hakim sebak apabila diberi kesempatan bertemu dengan banduan akhir di Penjara Sungai Buloh, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagramnya, Norman bercerita tentang pengalaman beriftar, bersolat, terawih, tazkirah dan moreh bersama banduan akhir anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bersama dengan penyanyi Aliff Satar yang turut serta dalam program itu.

“ Yup yang berbaju putih & berlengan merah itulah sahabat- sahabat banduan akhir kita yg menunggu masa utk dijatuhi hukum. Mohon Allah s.w.t ampuni saya kerana berpandangan & berperasaan skeptikel yg bercampur baur sebelum bertemu sahabat2 kita ni.

“ Saya tahu saya tak kuat.Bila bersalam pun mata ni menahan genang. Kuasa Allah SWT wajah- wajah mereka sangat tenang,senyuman yang tak pernah lekang & kebanyakan berbekalkan tasbih & tafsir Al-Quran ditangan. Sahabat2 kita ni mmg dah ‘sangat bersedia’ utk menuju ke pengakhiran.Taqwa & iman seiring dalam persahabatan antara mereka,” tulisnya.

 
 
 
View this post on Instagram

Iftar,solat Maghrib & Isyak berjemaah,terawih,tazkirah & bermoreh bersama BANDUAN AKHIR anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) diketuai Sahibus Samahah DS Mufti @drzulkifli.albakri & Penjara Sungai Buloh . . Yup yang berbaju putih & berlengan merah itulah sahabat2 BANDUAN AKHIR kita yg menunggu masa utk dijatuhi hukum . . Mohon Allah s.w.t ampuni saya kerana berpandangan & berperasaan skeptikel yg bercampur baur sebelum bertemu sahabat2 kita ni.Saya tahu saya tak kuat.Bila bersalam pun mata ni menahan genang.Kuasa Allah s.w.t,wajah2 mereka sangat tenang,senyuman yang tak pernah lekang & kebanyakannya berbekalkan tasbih & tafsir Al-Quran ditangan . . Sahabat2 kita ni mmg dah ‘sangat bersedia’ utk menuju ke pengakhiran.Taqwa & iman seiring dalam persahabatan antara mereka . . Kebanyakan sahabat2 kita ni dah lebih dari 10 tahun menghuni di sini.Yang lebih dari 20 tahun mmg tak kenal saya.sahabat2 sekeliling yg memakai seragam putih merah adalah akrab mereka.Pegawai & warden2 penjara semua mereka anggap sebagai abang dan bapa mereka.Banyak kebaikan pegawai dan warden yg diceritakan . . Sepanjang 4 jam bertemuan,saya banyak berdiam mendoakan segala yg terbaik buat mereka.Mereka yg lebih banyak berkongsi kisah & cerita sambil pegang tangan & muka saya.Yg paling tersemat dalam kepala nasihat dari mereka kpd saya adalah utk sentiasa menghargai makna KEBEBASAN & SAYANGI orang2 sekeliling selagi masih ada . . Soalan yg tak sepatut saya tanya,tapi saya mohon ampun maaf dahulu bila bertanya adalah;kalau dapat peluang utk BEBAS diluar sana,apa perkara pertama yg akan dilakukan.Jawapan mengejut yg diberikan,mereka cakap mereka lebih bahagia disini sbb diluar sana terlalu banyak ancaman katanya.Saya terkedu tak tahu nak cakap apa.Konklusi saya,disinilah istana & syurga mereka . . “Ya Allah Yang Maha Besar KuasaMu…Kau peliharalah & ampunilah sahabat2ku ini sehingga sampai masa yang telah ditetapkan untuk mereka semua & kami juga untuk kembali kepadaMu…timballah segala kebaikan kami walau sekelumit & gugurkanlah dosa2 kami bersempena Ramadhan yang mulia ini kerana sesungguhnya kami semua adalah hamba2Mu yang amat lemah tanpa petunjuk & hidayahMu Ya Allah?❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Akui Norman, dia banyak mendiamkan diri sepanjang berada di situ dan mendoakan hal yang terbaik buat banduan akhir di sana.

“ Sepanjang empat jam pertemuan, saya banyak berdiam mendoakan segala yg terbaik buat mereka. Mereka yang lebih banyak berkongsi kisah dan cerita sambil pegang tangan, muka saya.

“ Yang paling tersemat dalam kepala nasihat dari mereka kpd saya adalah utk sentiasa menghargai makna KEBEBASAN & SAYANGI orang2 sekeliling selagi masih ada,” tulisnya.

Suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini juga terkejut mendengar jawapan daripada mereka sekiranya berpeluang untuk bebas semula, apakah perkara pertama yang akan dilakukan oleh mereka.

“ Jawapan mengejut diberikan, mereka cakap mereka lebih bahagia disini sbb diluar sana terlalu banyak ancaman katanya.Saya terkedu tak tahu nak cakap apa. Konklusi saya, disinilah istana & syurga mereka. Mereka bahagia berada di dalam tembok besi itu kerana di luar terlalu banyak ancaman,” katanya.

Jelasnya, kebanyakan banduan-banduan akhir yang ditemui Norman itu sudah lebih 10 tahun mendiami penjara berkenaan mengenalinya berbanding banduan yang berada lebih daripada tempoh tersebut.

Sementara itu, Aliff Satar turut berkongsi rasa sebak dan tidak dapat menahan air mata sepanjang sesi perjumpaan itu.

“ Saya dapat bersembang dan mereka berkongsi cerita bagaimana, apa erti kehidupan buat mereka sekarang.

“ Semoga Taubat dan Doa mereka diterima Allah. Walaupun dalam penjara, saya rasa mereka sudah menemui jalan Allah,” katanya yang berjanji akan berkongsi pengalaman itu menerusi laman Youtubenya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Thu, 17 Mar 2022
LIFESTYLE Fri, 4 Jan 2019

Ulam Pegaga Merawat Insomnia dan Melancarkan Peredaran Darah

Ulam Pegaga Amat Popular Di Luar Negara Kerana Khasiatnya Yang Dipercayai

Hiburan Mon, 13 Jan 2020

《笑笑力量大》造势活动本周日迎最终场次!

自去年底开跑至今获得民众热烈反应,一连几周的6站活动共吸引了上千民众出席;而本周日将迎来最终场次,再次「回到」武吉加里尔国家体育场。

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Akur Peminat Bukan Muda Lagi, XPDC Muncul Dengan Rock Dakwah

Saya mendapat nasihat daripada seorang ustaz yang mana dia memberitahu, saya boleh berdakwah menerusi lagu.

Featured Fri, 9 Sep 2022

Dapat Tajaan Buat Rawatan Bariatrik, Tetapi Nora Ariffin Menolak Gara-Gara…

Wah siap dapat sponsor lagi.. Eh, tapi kenapa ditolak?

Trending Hari Ini Fri, 29 May 2020

[TERKINI] Negeri Sembilan Kini Bebas Zon Merah!

Jangan seronok sangat, walaupun dah tukar status arahan KKM masih perlu dipatuhi ye!