Events By: Salma Syahbuddin January 18, 2019 @ 10:00am

#AJL33 : Ini Senarai Giliran Persembahan 12 Finalis AJL33, Makesure Korang Ingat Okay!

Melihat kepada senarai finalis Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) kali ini, pastinya anugerah berprestij AJL33 antara yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia sehingga ada yang mengatakan AJL33 bakal menjadi fenomena bukan sahaja kerana lagu yang dibawakan oleh para finalis malah, persembahan interlude pada AJL33 ini antara yang ditunggu-tunggu oleh penonton.

Mengekalkan hos Sherry Al-Hadad dan Alif Satar sebagai peneraju pada malam itu, semestinya AJL33 tidak akan mengecewakan penonton dengan gelagat mereka.

Menurut Penerbit Eksekutif AL33, Nurhul Huda Khalid, AJL33 bukan sekadar menonjolkan 12 lagu terbaik malah ia turut dimantapkan dengan kemunculan bintang lagenda dan bakat-bakat muda tanah air.

” Saya amat yakin persembahan yang bakal dipersembahkan nanti amat berbaloi dengan harga tiket yang diperkenalkan. Dan, setiap tahun pihak produksi meletakkan mutu persembahan pada tahap yang paling maksimum. Kami juga bertuah kerana usaha itu mendapat kerjasama erat seluruh team produksi. Terutamanya daripada finalis AJL33.” Katanya

Tambahnya lagi, tidak timbul isu pemilihan juri kerana, setiap juri mempunyai keistimewaan mereka tersendiri. Dan, antara mereka adalah komposer yang pernah menyertai AJL sebelum ini dan antara mereka juga mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. 

“Latar belakang, pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing diperincikan sebelum pihak penerbitan menyenarai pendek 10 juri untuk AJL33.” Jelasnya.

Dan, ini adalah senarai persembahan artis-artis kesayangan korang pada malam AJL33 nanti!

  1. Khai Bahar – Luluh
  2. Haqiem Rusli & Aman Ra – Jatuh Bangun
  3. Syamel – Kau Pun Sama
  4. Kaer & Amylea – Tak Pernah Hilang
  5. Hael Husaini – Hajat
  6. Siti Nordiana & Jaclyn Victor – Nisan Cinta
  7. Sufian Suhaimi – Di Matamu
  8. De Fam – Bunga
  9. Siti Sarah – Semakin
  10. Ara Johari – Bunga
  11. Hael & Dayang Nurfaizah – Haram
  12. Misha Omar – Sampai Bila

AJL33 yang akan berlangsung pada 3 Februari bertempat di Axiata Arena , Bukit Jalil, pada jam 9 malam ini boleh ditonton menerusi laman Youtube rasmi TV3 Official, www.tonton.com.my, dan LIVE TV di www.xtra.com.my dimana jua anda berada

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 23 Aug 2022

Jasmine Suraya Tertarik Untuk Dekati Islam

Jasmine Suraya mahu dekati Islam

Events Thu, 16 Jun 2022

[VIDEO] Kini Lebih Selektif, Fattah Amin Tolak Banyak Tawaran Berlakon Kerana…

Saya mementingkan kualiti berbanding kuantiti lakonan – Fattah Amin

Featured Tue, 3 Oct 2023

Yasin Sulaiman Diarah Bela Diri Babitkan Tiga Tuduhan Kes Dadah

Moga urusan pelantun lagu Mimpi Laila ini dipermudahkan💥

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

‘Kamu Membuktikan Janji Kepada Arwah Papa Aku’- Nia Ramadhani Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke Sembilan

Siapa masih ingat lakonan Nia dalam Bawang Putih Bawang Merah? Geram je tengok kan!

Hiburan Mon, 8 Jan 2024
Selebriti Fri, 22 Sep 2023
Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Sat, 18 Jan 2020

Elly Mazlein Sah Isteri Kepada Azlan Dengan Sekali Lafaz!

Tahniah Kak Lina Pom Pom dan selamat melayari bahtera perkahwinan!