Ramai yang kagum dengan kebolehan Datin Alyah selaku artis jemputan untuk mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang dengan senang di episod keempat program I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY2) yang telah pun bersiaran semalam. Yakin dengan pilihannya, Datin Alyah telah membuat keputusan untuk berduet dengan penyanyi misteri bergelar ‘H2 + O = H2O’ (Putri Zarith Ziana Binti Sulaiman). Walaupun ada yang curiga dengan kebolehan Putri untuk menyanyi, Datin Alyah tetap dengan pendiriannya.

Keputusan beliau untuk berduet dengan Putri juga disokong oleh Seelan Paul (penyiasat tetap) yang telah menyatakan suara Putri seakan-akan suara Datin Alyah, setelah mendengar rakaman suara sebenar penyanyi misteri itu.

Manakala, Awal Ashaari dan Marsha Milan selaku penyiasat jemputan juga ternanti-nantikan bagaimana agaknya suara sebenar Putri. Mendendangkan lagu berjudul ‘Sesal Separuh Nyawa’, nampaknya Datin Alyah sekali lagi berjaya mengikut jejak langkah Khai Bahar dan Nabilah Razali kerana berjaya meneka dengan tepat siapakah penyanyi sebenar pada malam tersebut.

Aksi yang cool dan selamba Datin Alyah juga menerima pujian dan komen positif dari penonton dan peminatnya. Wow!

Opss! Buat peminat #ICSYV #SuaraSiapaTu ini mungkin berita baik buat korang. Menang hadiah berjumlah RM2000 dan setiap klu akan diberikan pada episod #ICSYVMYSuaraSiapaTu berlangsung, bermula 21 Julai 2019 ini! So, korang kena stay tune dan dengar betul-betul okay!

Seramai 5 orang yang bertuah, berpeluang untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000 setiap seorang. Jadi, buat peminat #ICSYVMYSuaraSiapaTu musim kedua jangan lepaskan peluang korang. Sambil berhibur, korang pun boleh bawa balik duit tau!

Jadi, teruskan menonton #ICSYVMYSuaraSiapaTu musim kedua di TV3, juga korang boleh saksikan rancangan ini secara langsung menerusi Youtube TV3Malaysia Official dan di www.tonton.com.my juga di LIVE TV www.xtra.com.my!

Jangan Ketinggalan!