Hiburan By: Del14 November 15, 2019 @ 12:49pm

Alah Teruk, Deena Emir Langsung Tak Masuk Dapur

Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang hamil anak kedua  mendedahkan pengalamannya mengandung kali ini sangat berbeza dengan yang pertama melalui perkongsian terbaharu di akaun instagramnya @deenaemir.

“SubhanAllah banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Sangat berbeza dengan yang pertama.  

“Secara fizikal memang agak lemah sedikit dan sebab itu mental Deena kena kuat, kena selalu berfikiran positif dan percaya yang setiap apa yang terjadi tu ada kebaikan,” tulis Deena di dalam kapsyennya. 

 

 

Pemilik nama Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir juga bertanya pengikutnya tentang pengalaman mereka sewaktu hamil dan berkongsi bahawa dia sudah lama tidak ke dapur kerana alah dengan bau masakan. 

“Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak muntah.

“Deena dua-dua kehamilan alah pada bau goreng-goreng, bau masakan.  Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap,” luahnya di ruangan komen. 

Walau bagaimanapun Deena bersyukur kerana menurutnya suaminya tidak merungut, malah melayankan saja keadaannya yang tidak tahan dengan bau masakan atau memasak. 

Terdahulu, berita kehamilannya telah dikongsikan oleh suaminya, Saharul yang sangat teruja apabila Deena telah membuat kejutan memberikannya hadiah ulangtahun perkahwinan iaitu alat penguji kehamilan yang menunjukkan tanda positif hamil. 

Baca: Lepas Tomok, Saharul Pula…?

Deena dan Saharul mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Luth Ali yang berusia dua tahun dan baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga pada 16 September lalu. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

“Keep Guessing Guys” – Betty Rahmad Mahu Enjoy Moment Mengandung

Semoga segalanya dipermudahkan Betty! Apapun, Betty nampak comel sangat

Hiburan Sun, 10 Feb 2019

Rai Ulang Tahun Ke 30, Neelofa Anjur Majlis Keagamaan

Alhamdulillah… Selamat Hari Jadi Neelofa!

Events Mon, 23 Mar 2020
Kisah Viral Fri, 1 Mar 2024
Trending Wed, 20 Apr 2022

Lakukan Amang Seksual Fizikal Ke Anak Rakan, Penceramah Bebas Ditahan

Penceramah bebas melakukan amang seksual fizikal ke anak rakannya ditahan.

Events Thu, 20 Sep 2018

Learn Sign Language with Real Deaf People in this Free Workshop

The workshop has limited spots so book it ASAP!

Hiburan Fri, 11 Oct 2019
Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Kenapa Filem Winnie The Pooh ‘Haram’ Di China?

Beruang penggemar madu itu juga dilaporkan menjadi ‘bahan’ oleh pihak pembangkang dan digunakan sebagai simbol penentangan. Atas sebab itu, kerajaan di Beijing juga menapis imej dalam talian Winnie the Pooh.