Hiburan By: Ad Ops July 19, 2018 @ 7:20am

Apakah Hukum Aurat Anak Angkat Hael Husaini?

Ramai peminat sudah mengetahui yang penyanyi berbakat besar ini mempunyai seorang anak angkat bernama Helena.  Melihat gelagat Helena bersama Hael nyata membuatkan ramai berasa geram dengan kecomelan mereka berdua sehingga ada dianatar peminat yang menganggap Helena cukup bertuah mempunyai seorang ayah yang penyayang dan handsome orangnya.

 

Namun, kebanyakan netizen mempersoalkan hubungan aurat antara mereka apabila Helena meningkat usia nanti.  Terlalu banyak pendapat dan persoalan yang dilontarkan sehingga tercetus perbalahan antara mereka.

Namun, menjawab hukum aurat antara Hael dan Helena, seorang penceramah bebas iaitu Ustaz Mohd Safwan Syafiq telah tampil untuk memberi penjelasan supaya tidak timbul sebarang isu  mahupun kontroversi kelak.

“Jika si lelaki itu belum berkahwin dan anak-anak perempuan tersebut tidak disusukan oleh isterinya (jika dia berkahwin selepas itu) sebelum berumur dua tahun (atau pun dalam tempoh dia masih menyusu) sehingga 5 kali kenyang secara berasingan, maka hukum aurat dengan anak tersebut apabila dewasa sama seperti seorang perempuan dengan lelaki asing (bukan mahram).

“Namun, jika dia berkahwin selepas itu, hendaklah isterinya menyusukan anak tersebut hingga 5 kali kenyang sebelum umur dua tahun (atau pun tempoh menyusu), maka hukumnya adalah mahram muabbad (selama-lamanya).

“Ada pun jika lelaki tersebut tidak berkahwin dalam tempoh anak tersebut masih menyusu, maka susukan dengan adik-beradik bapa angkatnya seperti kakak atau adik perempuan, maka hukum aurat dan sentuhan sama seperti anak saudara dengan bapa saudara. Hukum ketiga ini lebih kepada penyelesaian dan jika isteri, kakak dan adik perempuan tiada susu, dibolehkan ambil suntukan hormon untuk keluarkan susu.” Jelas Ustaz

So, lepasni netizen kenalah bijak dalam menyuarakan pendapat mahupun sesetengah isu agar tidak timbul sebarang fitnah ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Tue, 9 Jun 2020
Featured Fri, 1 Oct 2021

BPR Tambahan: Semak Tarikh Rasmi & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori Oktober Ini

Umum maklum, penerima BPR yang telah lulus rayuan akan menerima pembayaran pada 28 September bagi bank BSN, manakala bagi bank-bank lain pula bermula pada 4 Oktober 2021. Semakan status bayaran boleh dibuat melalui laman web […]

Hiburan Fri, 24 May 2019

Selena Gomez Anti Media Sosial?

Erk…kenapa tu Selena?

Hiburan Mon, 18 Mar 2019
Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Thu, 12 Apr 2018

“Suami Saya Memang Ada Tatu, Tapi Itu Dulu” Lana Nodin ‘Back Up’ Suami

Bagi Lana, netizen tidak perlu mencetuskan kontroversi mengenai suaminya. Sepatutnya, tidak perlu pun memberikan komen sebegitu kerana bimbang mendatangkan syak wasangka yang negatif

Hiburan Mon, 14 May 2018

Meriah! Tahniah Pemenang DFKL 2018

Manakala, gandingan serasi Syafiq Kyle dan Ayda Jebat menerusi Dekatkan Jarak Kita membuatkan mereka berjaya meraih trofi Pasangan Pilihan. Tahniah!

Trending Hari Ini Mon, 3 Aug 2020

Pemakaian Pelitup Muka Hanya Wajib Di Tempat Sesak Sahaja

Pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di tempat awam yang sesak dan tidak diwajibkan di kawasan luas dan ada penjarakan fizikal, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata antara tempat awam yang sesak ialah pasar awam, […]