TECH By: SGMS Fas February 28, 2018 @ 7:02am

Apple Inc Rancang Tamat Keluaran iPhone X

Mereka yang berminat mengumpul telefon pintar iPhone pasti tidak sabar menanti pelancaran tiga lagi model terbaharu yang bakal dikeluarkan Apple Inc tahun ini.

Seperti lazimnya,  setiap tahun Apple Inc akan memilih bulan September untuk pelancaran jenama terbaharunya namun tahun ini ia mungkin berlaku lebih awal.

Ketiga-tiga peranti itu  merupakan telefon pintar dinaik taraf tetapi mempunyai saiz sama seperti iPhone X termasuk  sebuah model mampu milik.

Menurt sumber yang dipetik dari Bloomberg,  peranti berkenaan  direka dengan skrin lebih besar berbanding telefon keluaran pesaingnya sekarang.

Namun, laporan  terbaharu dari Korea menyebut dengan kehadiran iphone terbaharu itu,  Apple bakal menghentikan pengeluaran iPhone X memandangkan peranti itu tidak membantu melonjakkan penjualan telefon pintarnya. Kemungkinan ia disebabkan harganya yang tinggi.

Jualan telefon pintar global merosot 0.1 peratus tahun lalu malah jualan semua model iPhone hanya berkembang 1.9 peratus sahaja.

Jadi dengan menghentikan pengeluaran iPhone X apabila munculnya model terbaharu mungkin dilihat sebagai langkah terbaik bagi menangani kemerosotan jualan telefon pintar seluruh dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Jul 2021

“Yang Salah Bubuh Dalam Lokap, Yang Betul Teruskan Perjuangan”- Respons Sharnaaz Ahmad Isu Ebit Lew & Caprice

Nampaknya isu antara pendakwah terkenal Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice masih belum surut walaupun setelah laporan polis dilakukan semalam. Terbaru, pelakon Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan kelantangannya bersuara menasihati agar kedua-dua pihak dapat berdamai […]

Events Sat, 12 Aug 2023

PRN: Afdlin Shauki Pilih Altimet Teraju Kawasan Lembah Jaya

Wah, agak-agak siapa yang menang PRN malam ni??

Featured Tue, 22 Aug 2023

A.Galak Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ini Teguran ‘Pedas’ Yusof Haslam

Haa, kan dah kena sound dengan Datuk tu👍👍👍

Automobile Thu, 25 Apr 2019
TECH Sat, 18 Nov 2017

Google Chrome Dan 8 Fungsi Rahsianya Yang Perlu Anda Tahu

Google Chrome adalah aplikasi yang popular dan menjadi pilihan ramai seperti Firefox, dan Safari.

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Tak Rasa Beban Pun, Saya Okay!

Alif Satar akan sentiasa pastikan berkongsi foto dan aktiviti keluarga yang sesuai bersama peminat…Terbaiklah!

Hiburan Sun, 29 May 2022