Hiburan By: Del14 December 13, 2019 @ 12:20pm

Azhan Rani Mahu Lebih Dari Trofi?

Pelakon, Azhan Rani yang juga pemenang trofi Antagonis Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 berpendapat sudah tiba masanya pelakon diberi pengiktirafan selain daripada menerima trofi apabila memenangi sesuatu anugerah. 

Memetik laporan BH Online, Azhan berkata, dia tidak berniat untuk mempertikaikan keikhlasan pihak yang menganjurkan sesuatu anugerah.

Walau bagaimanapun, imbuhan seperti wang ringgit, percutian dan sebagainya mampu menjadi pemangkin semangat untuk pelakon-pelakon terus berkarya dan melakukan yang terbaik. 

“Jika pemenang acara nyanyian dan lawak sering menerima ganjaran lumayan, termasuk wang tunai, mengapa perkara sama tidak dipraktikkan untuk anugerah membabitkan pelakon?

“Kebanyakan acara yang mengiktiraf pelakon pada hemat saya, hanya terarah untuk nama semata-mata. Sesetengah anugerah, langsung tidak memberikan impak kepada pemenang.

“Kami hanya menerima trofi yang membuktikan bakat diiktiraf, sedangkan kami turut menyumbang kepada industri hiburan menerusi karya yang dijayakan,” luah pelakon yang popular melalui watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur dan Nur 2 itu.

Tambah Azhan lagi, dia berharap pihak terbabit dapat mempertimbangkan cadangannya itu kerana pelakon juga sering mengeluarkan wang ringgit demi menjayakan sesuatu watak atau untuk menghadiri acara mengikut tema. 

“Saya mengharapkan akan ada perubahan dan penganjur tidak lagi mengulangi perkara sama apabila pemenang hanya diberikan trofi.  Namun, nampaknya perubahan itu belum berlaku. 

“Selepas menang, kami akan kembali menjalani rutin seperti biasa.  Tiada beza sama ada menang atau kalah, cuma yang berjaya akan pulang membawa trofi.  Sedangkan kami turut membuat pelaburan untuk menyarung persalinan mengikut tema dan mengeluarkan pelbagai perbelanjaan lain,” katanya lagi. 

Kredit Foto: Instagram @azhan_rani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022
Events Fri, 18 May 2018

Siapa Pelanggan Mengamuk Di Kedai Sajat?

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Selepas sahaja wanita tersebut dan keluarganya meminta maaf kepada Sajat, beliau serta-merta membatalkan kes tersebut dan memaklumkan peguam beliau

Hiburan Tue, 15 Oct 2019

Gambar Zul Ariffin dan Intan Najuwa Berpeluk, “Tunang Tak Jeles Ke?”

Bukan calang-calang..walaupun baharu berusia 22 tahun, tetapi pelakon bernama Intan Najuwa binti Abdul Wahid ini sudahpun digandingkan dengan dua  pelakon yang lebih senior, yang digelar Hero Malaya, iaitu Remy Ishak dan Zul Ariffin! Pada 2017, […]

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Tak Sia-Sia Bawa Pelamin Ke Pentas AJL 33, Sufian Suhaimi Menang Persembahan Terbaik

Menerusi tinjauan kami di laman Youtube TV3, video persembahan yang mendapat standing ovation membuatkan persembahan ini turut trending di Twitter.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022