Hiburan By: SGMS Faida December 8, 2018 @ 7:05pm

#AnggunLife : Azwan Idam Watak Lelaki Lembut?

Pelakon Azwan Kombos mengaku sedia membawa watak lelaki lembut biarpun karakter itu sama sekali bertentangan dengan perwatakannya.

Azwan ketika ditemui di Anggun Life di Pusat Konvensyen Setia City memaklumkan sekiranya watak berkenaan berat dengan elemen pengajaran, dia tiada masalah menerimanya.

“ Watak lelaki lembut atau lelaki songsang merupakan isu yang hangat diperkatakan pada masa ini. Walaupun saya bukan  dalam kategori begitu, saya okay membawa watak berkenaan.

“ Lelaki lembut tak semestinya dilabel pondan. Ada yang lembut tetapi nalurinya masih minat kepada wanita.

“ Jika didatangi tawaran yang memerlukan saya membawa watak lelaki lembut, saya tiada masalah cuma dengan syarat di akhir cerita itu harus terselit pengajaran,” katanya kepada xtra.com.

Azwan Kombos atau nama sebenarnya Mohd Al Azwan Kombos kini juga sibuk menguruskan anaknya, Harum Dalia yang kini berusia setahun.

“ Saya dan isteri tidak mahu mengambil pengasuh menjaga Harum. Jika isteri di lokasi penggambaran, saya akan ambil alih menjaganya.

“ Ini kerana isteri fobis dengan kes-kes melibatkan anak kecil sebelum ini. Mengambil langkah berjaga-jaga, kami setuju bergilir menjaga Harum,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azwan kini mengusahakan produk kesihatan iaitu minyak angin Masel Ace.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Katy Perry In Khoon Hooi? Wow!

Way to go Khoon Hooi!

Featured Sun, 3 Apr 2022
Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Tahniah…Nina Iskandar Bakal Jadi Ibu!

Semoga dipermudahkan urusan sepanjang tempoh hamil. Tahniah Nina dan suami!  

Hiburan Fri, 18 May 2018

BTS’ Fake Love MV Just Dropped and It’ll Make You Tear Up

It’s so gorgeous, you’ll be crying a river for them.