Events By: Salma Syahbuddin January 2, 2018 @ 11:43am

MENANGI 30 PASANG TIKET DAN PAS PERCUMA KE AFTER PARTY RATED XTRA AJL32

Sesuai dengan tema Anugerah Juara Lagu 32 kali ini iaitu Fesyen dan Muzik (Evolusi, Ekspresi dan Identiti), Anugerah Juara Lagu ini terus mencetuskan transformasi nya dengan mengambil kira transisi fesyen yang senantiasa berubah-ubah semenjak kemunculan awal anugerah ini iaitu pada tahun 1986 sehinggalah sekarang.

Kalau anda peminat nombor satu AJL, pastinya semua peminat dan penonton yang menyaksikan anugerah yang berprestij ini akan mengingati fesyen yang ditampilkan oleh penyanyi Ramlah Ram yang berani tampil dengan baju berevolusi iaitu baju berbentuk kunci dan hati. Semenjak itu, fesyen dilihat begitu sinonim dengan anugerah ini.

Ramlah Ram dan baju berbentuk hati antara gimik yang melekat

Jika melihat pada pemilihan fesyen terkini, Dayang Nurfaizah dilihat antara finalis yang begitu peka dan sentiasa konsisten dengan penampilannya di atas pentas. Dayang juga tidak pernah silap dengan setiap persalinan mewah dan bergaya, bersesuaian dengan lagu yang disampaikannya sehingga ianya menjadi identiti beliau. 

Dayang tampil dengan persalinan dan vokal yang memukau

Awan Yang Terpilu, nyanyian Ning Baizura juga tidak kurang hebatnya walaupun hanya tampil dengan sepasang baju kurung lusuh namun, persembahan beliau pada ketika itu cukup memukau dan dianggap begitu dekat dengan penonton mahupun mereka yang hadir menyaksikan anugerah tersebut pada ketika itu. 

Selain Ning Baizura, antara persembahan yang sentiasa menjadi bualan sehingga ke hari ini ialah persembahan dari penyanyi yang cukup hebat dari segi vokalnya, Hafiz Suip. Persembahan Hafiz dalam lagu Awan Nano pada anugerah juara lagu ke-26 itu bukan sahaja menampilkan fesyen yang kosnya tidak melebihi RM100, tetapi bagi Hafiz apa yang ditampilkannya pada malam itu mampu memberi impak yang cukup besar dan melengkapkan jalan cerita dalam lagu tersebut walaupun hanya berseluar track dan berbaju T, berwarna biru. 

Hafiz Suip tampil dengan seluar track dan kemeja T pada AJL31 lepas

Justeru itu, AJL lantas memberikan setiap artis mahupun finalis bebas bereksperimentasi dalam memilih fesyen untuk menyerlahkan ekspresi diri mereka melalui muzik dan lagu.

Dan, bagi merancakkan lagi arena atas talian, tonton membawakan temubual eksklusif dan terkini dari belakang pentas AJL32 menerusi laman web www.tonton.com.my dan buat pertama kalinya, tonton menawarkan 30 pas percuma dan peminat boleh merasai sendiri acara AJL32 After Party Rated Xtra dengan hanya menjawab soalan  klik carian di bawah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Jun 2023
Hiburan Thu, 13 Jul 2023

Cristiano Ronaldo Beri Salam, Alif Satar Respons: “Come On Brother, Repeat…”

InsyaAllah, mana tahu buka pintu hati CR7 satu hari nanti

Featured Fri, 8 Jul 2022

Elvina Mohamad Kecewa Fizikal Anak Sering Dikritik Terlalu Kurus Hingga Didakwa Sakit

Alahai, hati seorang ibu mana tak marah kalau anak dia dikritik kan? Kurus ke gemuk ke yang penting anak kita sihat, bahagia, cukup kasih sayang ibu bapa.. Hm sabar ya Elvina

Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Lenyap Dari Industri Seni Tanpa Jejak, Di Mana Azar Azmi?

Di mana pun dia berada, semoga Azar baik-baik selalu

Trending Mon, 1 Aug 2022

“Tinggal Barang Hantaran” – Menjelang Detik Bahagia, Mas Idayu Nikah 16 September?

Mas Idayu hampir siap persiapan dan bakal nikah bulan September.

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Events Sun, 17 Mar 2019

王力宏相约歌迷唱到2060年!赞大马歌迷最厉害

阔别大马3年多的王力宏依然嘴甜,他说:“我出道20几年,环绕世界不知多少圈,但你们(大马歌迷)最厉害,我真的好想念你们。”