Hiburan By: SGMS Faida April 22, 2019 @ 2:00am

#BBB2019: Tiga Kali Jadi Juara, Achey Terkejut Menang Lagi!

Peserta Achey membuat kejutan sekali lagi dalam program Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB2019) separuh akhir apabila muncul sebagai juara mingguan buat kali ketiga.

Gandingan Achey dan pelawak jemputan Tauke membuahkan hasil apabila sketsa tentang doktor dan jururawat ternyata mencuit hati penonton sekaligus berjaya menerima undian tertinggi pada malam tadi.

Achey yang kelihatan terkejut apabila namanya diumumkan turut berterima kasih kepada Tauke atas kerjasama dalam memberikan persembahan terbaik.

Kemenangan di minggu ketujuh ini sekali gus melayakkan dia menerima hadiah wang tunai RM10,000. Ini bermakna Achey sudah berjaya membawa pulang RM 30,000 sepanjang BBB 2019 berlangsung. 

Terdahulu, Achey pernah bergelar juara di minggu pertama dan minggu keempat. 

Sistem pemarkahan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 60 peratus daripada panel juri dan 40 peratus daripada undian dalam talian.

Program yang bersiaran setiap Ahad di TV3 jam 9 malam itu menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara tetap manakala Saiful Apek dan Mark Adam sebagai juri tetap. 

Siapa agaknya bergelar juara BBB2019? Terus menonton program ini pada minggu depan untuk mengetahui siapa yang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Drama Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Sat, 20 Apr 2024

Ziana Zain Janjikan Konsert Penuh Emosi

Jangan lepaskan peluang!

#SkoolXTRA Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Anak Lana Nodin Selamat Jalani Pembedahan, Syukur!

Syukur Alhamdulillah…semoga terus kuat Billy!

Featured Mon, 27 Feb 2023
Cahaya Mata Sat, 29 Oct 2022

“Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnant” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

Tular sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael […]