Kalau sebelum ini, segelintir keyboard warrior mengecam Sajat berhubung status hubungannya bersama Coach Yin dan kontroversinya bersama Dato Aliff Syukri, kali ini Safiey Illyas pula muncul dengan pelbagai spekulasi.

Hampir seluruh rakyat Malaysia menyatakan rasa bersyukur mereka apabila pengasas produk kecantikan ini mengambil keputusan yang drastik untuk mengubah penampilan beliau. Malah, bertubi-tubi komen positif dizahirkan menerusi ruangan komen instagram nya. Dan, stesen-stesen tv juga tidak mahu ketinggalan untuk menemu-bual beliau. 

Namun, sejak kebelakangan ini ramai sedia maklum bahawa perubahan Safiey menunjukkan tanda-tanda awal yang beliau akan kembali kepada perwatakan mak nyah yang dahulu. Kerana, beberapa hari yang lepas sahaja Safiey Illias telah memuat naik beberapa gambar dilaman instagram nya menunjukkan beliau sedang memegang beberapa silikon berbentuk payudara sehingga mencetuskan “perang” diruangan komen instagram miliknya.

Antara gambar Safiey Illias yang mencetuskan kontroversi

Safiey juga turut memuat naik gambar bersama kekasih hatinya, Carrey Farjery dilaman instagram nya itu. Mereka berdua kelihatan begitu mesra sehingga ada yang menyangkal status hubungan tersebut. 

Safiey bersama kekasihnya di Bangkok, Thailand

Hashtag 31 Disember?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai hashtag disetiap status Safiey. Adakah 31 Disember ini akan memberikan satu lagi perkhabaran bahawa Safiey Ilias akan bertukar semula menjadi “Sofea Ilias” atau sebaliknya? Apapun, tungguuu!