Hiburan By: SGMS Enal April 23, 2018 @ 10:29am

Bekas Gitaris Ekamatra Berdepan Hukuman Penjara

Sebelum ini, dia pernah dihukum penjara akibat merompak seorang pembantu rumah kira-kira 6 tahun lalu di Ampang, Selangor.

Bekas gitaris Ekamatra bakal berdepan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun! Dalam pada itu, dia turut mengaku bersalah terhadap tuduhan kematian seorang wanita ketika memecah masuk ke rumah mangsa Februari dulu.

Md Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin, 44 dikatakan mengaku bersalah sebaik kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar, Najwa Che Mat, hari ini.

Tuduhan kali ini didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian ke atas Kau Fu Eng, 71, antara 2 petang hingga 6 petang, 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia, Alor Setar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan mahkamah menetapkan 23 Mei ini untuk penetapan hukuman ke atas Md Nurul Azman.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Alor Setar pula, Md Nurul Azman mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan pecah rumah di Taman Lumba Kuda, Alor Setar. Dia didakwa memecah masuk ke rumah milik Nimal De Silva, 70, pada 9.30 pagi hingga 10 pagi, 5 Disember 2016. 

Tertuduh meminta dibicarakan apabila kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya dan mahkamah kemudian menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu serahan dokumen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

SYABAS! Helmi Gimmick Terima Anugerah Doktor Kehormat

Alhamdulillah, Tahniah Helmi Gimmick!

Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Wed, 28 Jun 2023
Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Pembantu Peribadi Kongsi Detik Terakhir Bersama Allahyarham Nassier Wahab

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Transformasi Wajah Jadi Bualan Netizen, Apa Komen Alif Satar?

Agak-agak korang setuju tak dengan apa yang ditulis netizen? Betul ke duit boleh ubah segalanya?

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Chaleeda Gilbert Lakar Nama di Malaysia

Rocketfuel Entertainment, Chaleeda Gilbert, optimis memulakan langkah menerusi single, Mind Over Matter ciptaan penyanyi rap, SonaOne.