Hiburan By: SGMS Faida June 28, 2019 @ 2:07pm

Bekas Suami Punya Pasal, Duit RM200,000 Milik A. Aida Lesap?

“Biarlah polis buat kerja mereka. Saya tak mahu ganggu siasatan. Cukup saya katakan, individu itu adalah yang pernah dekat dengan saya sebelum ini,” kata penerbit drama terkenal, Datuk A Aida mengenai kes kehilangan wang lebih RM200,000 miliknya.

Kata A. Aida, sebanyak dua transaksi dibuat pada waktu subuh pada 1 Mac lalu membabitkan bekas suaminya, Ariff Aziz.

“ Saya serahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk melakukan siasatan. Ketika transaksi dilakukan,  saya diamkan saja kerana ketika itu saya dalam proses nak failkan perceraian,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang pada 21 Jun lalu.

Semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya mendedahkan pihak mereka telah berjaya menjejaki suspuk utama dan individu berkenaan merupakan Ariff Aziz.
 
Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff suspek ditahan Selasa lalu bagi mengambil keterangan.
 
“Kami merampas telefon bimbit suspek untuk mendapatkan maklumat seterusnya berkaitan transaksi dibuat.
 
“Bagaimanapun pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya. Kami memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Selepas itu terpulang pada pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan susulan,” katanya.

Menurut Aida, dia mendapat tahu mengenai perkara itu pada 25 Mac lalu ketika bercuti di Mesir.

Aida berkata, dia membuat laporan polis dengan harapan wang yang diambil dapat dipulangkan semula.

“Dalam masa sama, saya mahu individu itu diambil tindakan undang-undang supaya ia menjadi pengajaran kepada semua,” katanya.

Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai tahun lalu dan bercerai pada 25 April lalu selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2019
Hiburan Wed, 21 Aug 2019

‘Memang Rapat Tapi…’- Betul Ke Melissa, Jaa Suzuran Serius Bercinta?

Kemesraan Melissa dan Jaa menjadi bualan warganet apabila mereka saling memuat naik foto mesra sejak penghujung Julai lalu.

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Selebriti Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Thu, 8 Feb 2018

POLIS BERI TEMPOH SAMPAI ESOK, BEKAS PENYANYI SILA TAMPIL KE DEPAN

Selepas penahanan pelakon Sofi Jikan, polis meminta dua lagi individu untuk tampil membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh Datuk Farid Kamil. Siapa gerangan individu itu agaknya? Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, […]