Hiburan By: Ad Ops August 21, 2018 @ 5:23pm

Belum Tiba Masanya Lagi – Anzalna

Sebut sahaja nama pelakon, Anzalna Nasir, pasti ramai yang  terkesima kerana beliau bukan sahaja cantik malah sangat berbakat dalam bidang lakonan dan melukis. Tengok sahaja lah potret yang dihasilkan oleh beliau ni.   

Baru-baru ini, Anzalna telah melukis potret Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan, terdapat individu tertentu yang berminat dan ingin membeli potret tersebut sehingga menawarkan ribuan ringgit kepada pelakon itu.

Namun, isteri kepada Muhamad Hanif Mohamad Zaki ini enggan menerima tawaran individu berkenaan kerana baginya, bukan mudah untuk menyiapkan sebuah potret.

“Saya tidak mahu jual lukisan itu kerana menghabiskan banyak masa untuk menyiapkannya.

“Tambahan pula, melukis potret bukan mudah dan perlu fokus.” Katanya

Selain potret tersebut, Anzalna juga telah menghasilkan lukisan Kaabah dan Makkah. 

Aktress ini akan berkongsi setiap potret yang dihasilkan melalui laman Instagram miliknya. Dan setiap kali sahaja beliau berkongsi hasil kerja beliau, ada sahaja individu yang sanggup membeli lukisan tersebut dengan harga yang tinggi.

“Saya juga tolak tawaran individu terbabit kerana rasa sayang untuk melepaskan hasil titik peluh.

“Mungkin suatu hari nanti barulah saya jual tiga lukisan berkenaan.” Katanya

Terbaharu, wanita cantik jelita itu sedang sibuk dengan beberapa projek antaranya penggambaran iklan di luar negara.

Setelah menjual hampir 12 lukisan, Anzalna kini berehat daripada hobinya itu. 

“Cukuplah, setakat ini. Saya berjaya jual 12 lukisan dan hasilnya disalurkan kepada kebajikan.

“Saya juga dapat macam-macam permintaan seperti melukis kucing serta abstrak.” Katanya

Walaupun lukisan Anzalna mendapat sambutan, dia masih belum bersedia menganjurkan pameran karya seninya sendiri.

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Featured Thu, 15 Dec 2022

Isteri Ebit Lew Keguguran Anak Kelima – “Allah Uji Sebab Sayang…”

Allahuakbar. Semoga kuat menjalani ujian ini dan segera diberikan kesembuhan

Hiburan Tue, 2 Apr 2019

2019《中国新说唱》全球选拔赛!马来西亚预选赛420举行

第二季《中国新说唱》2019全球选拔赛!马来西亚预选赛4月20日,,招揽大马说唱爱好者参与其盛!

Featured Thu, 2 Feb 2023

#LaguXTRA: Aeril Zafrel Imbau Zaman Bercinta Dengan Lagu Melly Goeslow!

Teringat zaman-zaman sekolah kan! Lagu Melly yang mana favorite Aeril tu?

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Terpegun Dengan Kecantikan Anna Jobling Sejak Dewi Remaja, Meerqeen Akui Pandang Rupa – “Dia Crush Saya”

Cinta pandang pertama ke ni gais? Hehehehe comel jee! Tak sabar pula min nak tunggu drama Melur Untuk Firdaus 2 😚🤩