Korang masih ingat tak kisah seorang wanita bernama Nor Salwani Nuhammad ? Nama beliau dikenali dan menjadi sebutan ramai ketika kes perbicaraan 1MDB November lalu. 

Nor Salwani – The Unsung Hero

Memegang portfolio sebagai Pengarah Tadbir Urus Jabatan Audit Negara, Nor Salwani dilantik sebagai Koordinator Pasukan Pengauditan Khas 1MDB. 

 Simpan 60 salinan laporan asal walaupun Ketua Audit Negara arah untuk lupuskan 

Nama Nor Salwani menjadi tular di laman sosial ketika kes perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri dan 1MDB. Salinan laporan audit Nor Salwani menjadi salah satu bukti dalam kes perbicaraan terhadap DS Najib Razak yang dituduh mengarahkan pindaan ke atas laporan audit tersebut.

 

Menurut Nor Salwani beliau menyimpan laporan asal berkenaan dengan niat untuk memberikan kepada ketua audit negara yang baru untuk mendapatkan keseluruhan gambaran mengenai penemuan audit. Nor Salwani bertindak untuk menyimpan laporan itu secara rahsia untuk rujukan di kemudian hari.

Nor Salwani terima anugerah dan gelaran Datuk 

Berikutan tindakan berani dan berintegriti, Nor Salwani dilaporkan telah menerima darjat kebesaran yang membawa gelaran Datuk  oleh yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Nor Salwani bersama 24 individu telah menerima darjah Panglima Mahkota Wilayah yang membawa kepada gelaran Datuk. Tindakan berani wanita ini telah menyelamatkan negara dan menjadi bukti kukuh dalam salah satu kes paling berprofil tinggi pernah dicatatkan berlaku di Malaysia. 

Ternyata, Nor Salwani menjadi lambang buat wanita di luar sana untuk sentiasa memperjuangkan keberanian dan kebenaran meskipun berdepan dengan kuasa korupsi. Tahniah buat Nor Salwani kerana menjadi lambang “woman-empowerment” yang sebenar. 

Syabas!