Setelah kehilangan ibu tercinta pada 5 Disember lalu akibat serangan jantung, Zul Ariffin kini aktif semula di laman instagram milik nya  setelah dilaporkan telah ‘mengasingkan diri’ sejak sebulan yang lalu.

 

Namun, kemunculan nya di laman instagram dengan memakai jubah siap dengan ghutra itu mengundang perhatian followers beliau. Jika dilihat melalui entrinya itu , Zul menulis ucapan terima kasih kepada peminat-pemintnya yang mendoakan dirinya dan arwah ibunya, Robiah Nasir.

“Assalamualaikum… Mewakili keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan tanda ingatan”

“Saya minta maaf tidak dapat membalas semua mesej, anggaplah ini sebagai tanda terima kasih diatas ingatan kalian kepada ibu kami, Hajah Robiah Nasir. Terima kasih kerana mengambil berat,” 

 

Gambar yang baru sahaja dimuat naik itu telah mendapat 104,642 likes dan ribuan komen dari peminat-peminat beliau yang  mencapai purata 1.8 juta followers.

Gambar tersebut memperlihatkan Zul Ariffin sebenarnya kini berada di Dubai , Emiriah Arab Bersatu (UAE).