Hiburan By: Del14 January 22, 2020 @ 12:03pm

Bersedia Untuk Timang Bayi, Siti Nurhaliza Ingin Anak Lelaki

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (41) merancang untuk menambah cahaya mata pada tahun ini memandangkan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid bakal menginjak 2 tahun pada 19 Mac nanti. 

Walau bagaimanapun, Siti berkata dia perlu mendapatkan saranan doktor kerana masih perlu melalui proses rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) sama seperti Aafiyah. 

Oleh kerana umurnya yang sudah meningkat, Siti menyasarkan untuk menimang cahaya mata selewat-lewatnya dalam masa dua tahun lagi sebelum umurnya 43 tahun. 

Siti juga berharap kali ini dia dapat menimang cahaya mata lelaki kerana sudah pun mempunyai anak perempuan.

“Apa pun, saya berserah kepada Allah. Kalau Allah kata ada rezeki lagi, saya bersyukur. Kalau tidak ada pun, tidak mengapa.  Ini kerana, Aafiyah satu-satunya doa yang saya menanti setelah sekian lama. Paling penting, saya kena fikirkan kesihatan saya juga,” katanya kepada Harian Metro. 

Justeru itu, pelantun lagu Percayalah ini berkata dia akan mengikut apa saja nasihat doktor supaya impiannya untuk mendapatkan adik buat Aafiyah tercapai. 

“Jika semuanya berjalan lancar, saya akan mengikut apa kata doktor.  Jika doktor kata saya boleh menyanyi, saya tetap akan aktif. 

“Tetapi, jika doktor nasihatkan saya supaya berehat, saya akan berehat. Jadi, kalau tengok saya senyap saja di media sosial, maknanya saya sedang ‘mengeram’,” katanya lagi.

 
Sebelum ini Siti pernah mengalami keguguran pada 2015. Selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa (61) yang dikenali sebagai ‘Datuk K’, akhirnya Siti berkongsi berita kehamilan pada 2017 dan melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018. 
 
 
 
View this post on Instagram

Selamat Tahun Baru 2020 dari kami bertiga..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

InshaAllah, lepas ni berempat pula lah ya? 

Kredit Foto: Instagram @ctdk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Victor李俊颉全新单曲延迟推出让路投票日

Victor李俊颉阔别6年再推单曲就撞上全国大选投票日,因而决定展延单曲推出的计划,待履行公民责任后再推出。

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

‘Bagi Saya Dia Tak Tua’, Shima Anuar Balas Soalan Netizen Tentang Suami

Dia sudah 50 tahun tapi itu bukan sesuatu perkara besar bagi saya. Apa yang penting tua-tua pun dia boleh bagi saya zuriat.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Tekad Kurus Sebab Gimik?

Hebat betul Shaheizy Sam

Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Tahniah! Ini Senarai Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL 33

Tahniah buat kesemua finalis! Tak sabar nak tengok persembahan mereka di pentas AJL 33 tahun depan.

Contest Sat, 26 Oct 2019

用「XTRA优惠码」以更低价格购买BTS限量版礼盒!

一扣再扣!只要用「XTRA优惠码」就能以更低价格,在Superdeals购买到BTS限量版礼盒!