Hiburan By: Salma Syahbuddin December 29, 2017 @ 5:28am

“BUAT APA NAK TOLAK? ORANG MASIH MAHUKAN KHIDMAT SAYA” – FASHA SANDHA

Kalau dilihat Fasha Sandha sekarang ini kelihatan begitu sibuk dengan penggambaran sitkom terbarunya. Menurut Fasha perkara itu dianggap sebagai rezeki daripada Allah dan dia tidak kisah terpaksa bersusah terlebih dahulu kerana, ia memberi kebaikan pada masa hadapan. 

“Alhamdulillah rezeki berlakon memang banyak dan pada saya itu rezeki daripada Allah. Buat apa hendak tolak? Sementara orang masih mahukan khidmat saya, biarlah saya bersusah-susah dahulu dan senang kemudian.”

Fasha juga terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga dan anak-anaknya kerana tidak mahu menolak sebarang tawaran lakonan yang diberikan kepadanya. Bagi Fasha, memang masa itu sangat terhad tetapi itulah pengorbanan yang perlu dilakukan olehnya.

Tambahan pula, kedua-dua anaknya iaitu Putra Rayfal, 3 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 2 tahun faham apabila dia perlu keluar bekerja. Walaupun ada kalanya dia sendiri tidak sempat untuk bermanja dengan anak-anak kerana terlalu sibuk sehingga terpaksa membawa mereka ke set penggambaran kerana terlalu rindukan mereka. 

“Ada pernah sekali tiga hari saya tidak berjumpa dengan anak-anak kerana terlalu sibuk di lokasi penggambaran.”

Namun begitu, Fasha seboleh-bolehnya akan mengambil kesempatan untuk menghabiskan masa bersama anak-anak terutamanya pada hujung minggu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Jan 2024
Trending Tue, 17 Aug 2021

Tak Lagi Bergelar Menteri, Dr. Zulkifli Mungkin Akan Lebih Aktif di YouTube & Twitter Jawab Soalan Agama

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mungkin akan lebih aktif di saluran YouTube dan Twitter selepas tugasnya sebagai menteri berakhir semalam. Menerusi ciapan Dr. Zulkifli di […]

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Lepas Kosmetik, Siti Nurhaliza Lancar Air Minuman!

Sebelum dilancarkan di pasaran Siti sendiri mencubanya.

Events Fri, 15 Dec 2023

#SFMM38: Genap Seminggu Pulih Demam Denggi & Persiapan Hampir 90 Peratus ‘Ready’, Afieq Shazwan Janji Beri Persembahan Terbaik!

Boleh tahan sedih juga lagu duet Afieq Shazwan dan Muan Shahirah ni. All the best!🔥💪

Hiburan Fri, 1 Mar 2024

AJL38: Masdo Ramal Aina Abdul Juara Lagi?

Agak-agak siapa yang bakal juara AJL38?

Featured Thu, 25 Aug 2022