Hiburan By: Salma Syahbuddin April 9, 2019 @ 5:18pm

Bukan Gimik Terkena Gangguan Mistik – Hashmitha

Sejak lagu berjudul Takkan Kembali tular kerana dikatakan terdapat suara bisikan dalam lagu tersebut, penyanyinya, Hasmitha Selvam turut mengakui berdepan gangguan mistik ketika proses merakamkan lagu tersebut, termasuklah ketika mempromosikan single terbaharunya itu.

Menurut Hashimitha, suara misteri yang terdapat dalam lagu tersebut serta kemunculan kelibat hitam ketika diundang ke sebuah program hiburan baru-baru ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak dijangka sama sekali.

” Tidak sangka, perkara itu berulang ketika saya mempromosikan lagu itu untuk siaran langsung sebuah program TV. Dan, ianya turut disedari keluarga dan pengurus yang merakamkan rancangan dirumah. Apa juga pandangan orang, saya ingin tegaskan itu bukan gimik. Sama ada mahu percaya atau sebaliknya, terpulang.” Katanya

Lagu Takkan Kembali yang dilancarkan pada 15 Mac lalu adalah hasil ciptaan Rumhadi Rumnan  dan liriknya pula ditulis oleh Iman Imran. 

Manakala, lagu itu juga adalah berdasarkan kejadian sebenar membabitkan rakan terdekat kepada Rumhadi yang terlibat dalam kemalangan.

So, kepada korang yang belum dengar lagu Takkan Kembali ni, bolehlah dengar di Youtube okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Featured Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

BARACK OBAMA REVEALS HIS LIKES AND DISLIKES IN INTERVIEW WITH PRINCE HARRY

One of the questions Prince Harry asked was “boxers or briefs?”. Check out Barack Obama’s answers.

Events Fri, 24 Jun 2022

“Takkan Lupa Asal Usul” – Wings Bakal Adakan Konsert Tour Untuk Marhaen?

Wah! Mesti ramai sayap-sayap Wings yang tak sabar nak pergi konsert kan 😍

Hiburan Tue, 10 Dec 2019

‘Syukur Bertemu Dengan Isa’ – Risteena

Risteena memaklumkan dia tidak akan sesekali membuka cerita lama dan sudah reda dengan ketentuan Illahi.

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Fasha Akhirnya Bagi ‘Hint’ Jawab Teka Teki…

Wahhh…jika betul, tahniah kami ucapkan!

Events Fri, 29 Mar 2019

Ada Apa Dengan Hael Husaini Dan ‘Lagu Cinta Kita?’

Hael Hussaini dan Scha Al Yahya bergandingan dalam ‘Lagu Cinta Kita’?