Penyanyi kelahiran Barbados yang begitu popular di Hollywood, Rihanna atau Riri dilihat bermesra dengan bekas teman lelakinya, penyanyi rap Drake ( 33) di kota New York pada Jumaat. 

Pada hari yang sama, berita mengenai perpisahan Rihanna dengan kekasihnya, seorang ahli perniagaan dan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel tersebar.

Rihanna dan Hassan berpacaran selama lebih kurang 3 tahun sebelum hubungan mereka berakhir minggu lepas. Pertama kali gosip mengenai mereka timbula apabila Rihanna dan Hassan dirakamkan sedang bercuti bersama-sama di Spain, pertengahan tahun 2017. 

Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty dirakamkan berdiri berdekatan dengan Drake di sebuah konsert, namun tidak diketahui sama ada mereka datang bersama-sama atau tidak. 

Terdahulu, Rihanna dan Drake sudah beberapa kali digosipkan sedang bercinta sebelum hubungan mereka berakhir pada 2016. 

Sumber dan Kredit Foto: Pagesix.com