Hiburan By: SGMS Enal July 24, 2019 @ 10:10pm

Cipta Sejarah…Exists Gegar Stadium Malawati 28 September Depan!

Seumpama judul album Diammu Gunung Berapi, di tahun 2019 ini nampaknya diamnya semua anggota Exists yang sibuk menekuni pekerjaan masing masing siap memuntahkan lahar gunung berapi mereka dengan Konsert Exists Reunion.

Inilah sebuah konsert yang sekian lama dinantikan oleh seluruh peminat Exists. Dan hari ini, Shiraz Projects dengan berbesar hati mengumumkan bahawa Exists akan memuaskan adrenalin semua peminat mereka dengan bukan satu, tetapi dua siri konsert reunion mereka di atas jenama Konsert Exists Reunion.

Apabila meletakkan label ia sebagai reunion, ini bermaksud kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991 ini tampil lengkap bersama formasi asalnya dalam konsert yang Shiraz Projects bawakan.

Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad.

“Adalah penting buat kami mengumpulkan, mendapatkan persetujuan sekaligus merealisasikan Konsert Exists Reunion ini bersama semua anggota asal band ini kerana tanpa formasi Exists yang lengkap, maka projek ini boleh saya katakan tidak menemui objektif sebenar.

“Namun setelah sesi pertemuan dan mencapai kesepakatan dengan satu visi yang sama, maka Konsert Exists Reunion akan segera terealisasi dan yang pentingnya ia adalah kewujudan semula Exists yang pernah menjadi fenomena di tahun 90an tetapi kali ini menghidupkan nostalgia di akhir tahun 2019,” kata Pengarah Shiraz Projects, Shirazdeen Karim.

Sumber gambar: Ayu Syuhara

Dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September 2019, Konsert Reunion Exists menjanjikan sebuah nostalgia yang tidak mungkin didapatkan dalam persembahan persembahan Exists sebelumnya.

Selain ia merupakan gabungan pertama kali seluruh anggota asal Exists, mereka juga akan mempersembahkan katalog lagu dengan dinyanyikan oleh penyanyi asal yang pernah membawa nama band ini harum sehingga ke Indonesia.

Untaian hit dari Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara atau Untukmu Ibu yang memperkenalkan Exists dengan Mamat pada waktu itu masih berusia 13 tahun dan vokal ‘belum pecahnya’ akan disampaikan pula kali ini dalam persembahan Mamat di usianya 30 tahun.

Dan Ezad yang menyertai Exists menggantikan Mamat di tahun 1996 menyambung legasi sukses Exists dengan album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak hit serta lagu lagu di album keempat (Jangan Gentar) dan seleksi di album Ada sehingga Paragon akan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang konsert yang bakal berlangsung kelak.

Mengusung konsep sama, Exists akan menyapa peminat mereka di Singapura pada 5 Oktober 2019 di Mes Theatre at Media Corp, Singapore.

Dan jangan gusar, biar ia adalah sebuah reunion pertama kali yang dilaksanakan setelah 28 tahun pembabitan mereka di belantika muzik Nusantara, harga tiket yang ditawarkan cukup berbaloi.

Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga RM 700, RM360, RM260, RM160, RM130 untuk peminat melakar sejarah bersama mereka.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial Exists dan Shiraz Projects.

Sekali lagi, jangan lepaskan momen dan lakaran sejarah yang bakal tercipta kelak dengan tandakan kalender anda dengan dua fakta konsert seperti di bawah ini.

KONSERT EXISTS REUNION yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.

Tiket Contact Info Hotline
Tarikh: 28 September 2019
Lokasi: Stadium Malawati, Shah Alam

www.shirazprojects.com
RM700 (Meet & Greet)
RM360 (Diamond)
RM260 (Exist Zone – Free Standing) RM160 (Platinum)
RM130 (Silver)

www.myticket.asia
0386050195
0122560082

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 May 2018

Sajat Habis RM500k Dalam…?

Dalam beberapa episod lepas, Sajat menghabiskan masa bersama teman-teman rapatnya dengan membeli-belah. Tetapi, episod kali ni Sajat kena belanja RM500k untuk rumahnya sahaja. Wow!

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Lirik ‘Tak Perlu Ungkapkan’ Tiada Kaitan Dengan Hidup Qaidzul

Kata Qaidzul, lagu ini tiada mengena dengan pengalaman saya tetapi saya yakin pasti ramai lelaki yang pernah melalui keadaan sedemikian. Betul ke tu? Hehe

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Sweet! Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Tunang Tersayang

Lagu Rahasiaku ini saya cipta ketika dalam proses mengenali hati budi dia…Romantiknya Awi!

Hiburan Tue, 17 Sep 2019

‘Asal Oesoel’ Naelofar…Terbaru Dari Lofa

Sentiasa memperkenalkan rekaan yang ‘out of the box’!

Featured Fri, 7 Oct 2022

Gelaran Datuk Ditarik Balik, Farid Kamil Tidak Menyesal – “Saya Bukan Saja Rasa Tapi…”

Setiap manusia ada ujian hidup masing-masing kan? Semoga kuat dan tabah