Events By: Ad Ops July 12, 2018 @ 3:14am

Dai Penyambung Legasi Dakwah Membuka Tirainya Untuk Musim Ke 6

Memasuki musim ke-6, program realiti keagamaan yang bakal melahirkan pendakwah muda berkaliber ini  bakal kembali dengan 10 peserta dan barisan tenaga pengajar yang baharu. Da’i musim ini juga akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, pada tarikh siaran baharu iaitu setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

Sebelum bersiaran dan menemui penonton, pihak produksi telah mencari generasi berbakat ini di lapan destinasi seluruh Malaysia. Dai musim ke-6 turut menampilkan peserta lelaki iaitu Da’i Syahmi, Da’i Imran, Da’i Amirul, Da’i Wafi, Da’i Adam, Da’i Haziq, Da’i Danial, Da’i Hafiz dan dua wakil peserta wanita iaitu Da’i Raisyah dan Da’i Syazwani. Kesemua Da’i akan diuji selama 11 minggu bagi menyampaikan dakwah secara berkesan dan menarik minat golongan tua dan muda.

Hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak Rm60 000, pemenang tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM 15 000 dan RM10 000 bagi tempat yang ketiga. Di akhir musim ini nanti, seorang Da’i bakal membawa pulang gelaran Da’i Pilihan Penonton  melalui undian penonton di laman Twitter.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3, Puan Nurlisia Mohd Nadzri, untuk menarik perhatian masyarakat menonton program keagamaan adalah suatu perkara yang tidak mudah memandangkan masyarakat lebih gemar untuk melihat program-program hiburan.

“Bukan mudah menarik minat masyarakat secara keseluruhannya untuk menonton program keagamaan sebegini lebih-lebih lagi sebuah pertandingan yang mahu mencungkil bakat pendakwah dalam kalangan anak muda. Tetapi sudah 5 musim bersiaran, boleh saya katakan Da’i diantara program realiti keagamaan yang mempunyai peminat dan penonton setia yang sentiasa ternanti-nanti waktu siarannya.” Katanya

“Da’i musim ini menampilkan barisan pengetua dan tenaga pengajar baharu iaitu Dato Ustaz Mohd Zawawi Yusoh sebagai Mursyid, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin sebagai Murabbi untuk membantu dalam memantapkan lagi pengisian dan keupayaan setiap peserta.” Jelasnya

Da’i musim ke-6 kali ini masih ditaja oleh Almas Beauty & Health selaku penaja utama. Da’i musim ini masih mengekalkan figura terkenal, Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara. Datuk Rosyam bakal bergandingan dengan Da’i Izzhar, salah seorang finalis Da’i musim ke-2 sebagai hos bersama. Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail ditugas sebagai juri. 

Para Dai bagi musim kali ini akan dinilai berdasarkan juri tetap sebanyak 80% yang merangkumi pengisian Al-Quran dan Hadis (30%), gaya dan susunan isi (30%), kreativiti persembahan (20%), dan murabbi sebanyak 20%.

Kepada penonton yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menambah ilmu keagamaan, penonton bolehlah menyaksikan  program  Dai musim ke-6 ini melalui portal video kami di catchup TV dan www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Mar 2023
familuv Fri, 25 Nov 2022

Sambut Kepulangan Dari Switzerland, Hafiz Mahamad Terharu Diraikan Pekerja

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang baru sahaja pulang dari Switzerland setelah bercuti bersama keluarga terharu apabila kepulangan disambut oleh pekerja-pekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.   View this post on Instagram   […]

Featured Thu, 22 Dec 2022

Dianggap Playboy, Qi Razali Ambil Masa Rawat Hati – “Tidak Adil Untuk Wanita Itu…”

Bukan senang nak cari pasangan hidup kan.. So, choose wisely!

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Hael Husaini Jadi Pengganti?

Apakah kesudahannya?

Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Hiburan Sun, 25 Mar 2018

“Seksi Tak Bermakna Saya Tak Tahu Agama” – Nana Al Haleq

Nana juga menganggap aktiviti membentuk otot ini merupakan kerjaya seni yang boleh menjadikan diri beliau sebagai inspirasi kepada masyarakat

Hiburan Sun, 17 Mar 2019

Rimas Bersaiz XL, Sam Smith Nekad Sedut Lemak!

Sejak dari kecil lagi, Sam Smith memiliki badan bersaiz besar. Sebab terlalu rimas, Sam nekad berjumpa doktor!