Penyanyi popular Jennifer Lopez (JLo) mengumumkan berita pertunangan dengan kekasihnya, Alex Rodriguez (A-Rod).

Rodriguez menerusi laman Instagramnya memuatnaik sekeping gambar jari kekasihnya itu dengan sebentuk cincin berlian.

 “ Dia (Jennifer) kata ‘setuju’. Hanya 730 hari, masa berlalu pantas, seperti kita telah bersama selama-lamanya. Kita ditakdirkan bersama dan sejauh mana engkau bermakna buatku tidak dapat diungkap dengan dengan kata-kata,” tulis Rodriguez.

 
 
 
View this post on Instagram

she said yes ♥️

A post shared by Alex Rodriguez (@arod) on

Ini merupakan pertunangan kali keenam manakala perkahwinan keempat buat Lopez.

Terdahulu, wanita berusia 50 tahun ini pernah berkahwin dengan pelayan Ojani Noa, penari Cris Judd dan penyanyi Marc Anthony.

Lopez dan A-Rod pertama kali bertemu di Shea Stadium di Queens pada 2005, sewaktu Jlo dijemput untuk membuat ‘pitch’ pembukaan perlawanan.

Tarikh perkahwinan Lopez dan Rodriguez masih belum diketahui lagi memandangkan Lopez terikat dengan konsert jelajah seluruh Amerika Syarikat bermula 7 Jun sehingga 26 Julai.