Hiburan By: SGMS Faida November 22, 2019 @ 2:51pm

Diet Ketat, Rajin Turun Busking… Megat Siap Sedia Untuk Semi Final MM34

Sebagai persediaan menjelang separuh akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34), penyanyi Megat giat menjalankan persiapan mengasah vokal.

Dalam masa sama, penyanyi kelahiran ini juga dalam usaha mengawal berat badan untuk tampil menarik di kaca televisyen.

“Sudah sebulan saya ‘tolak’ nasi dan minuman manis. Alhamdulillah selepas sebulan saya berat badan turun hampir 20 kg.

“Bayangkan dulu berat badan mencecah 86 kilogram. Bila membuat persembahan pun mengah je rasa. Sekarang rasa lebih ringan dan sihat. Nak bekerja pun saya rasa cukup semangat,” katanya kepada Xtra.

 
 
 
View this post on Instagram

Amylea X Megat – Tetap Kamu #semifinalmuzikmuzik34 #amyleaxmegat #tetapkamu #ostnur2

A post shared by Megat Adzuan (@megatgram) on

Tambah penyanyi berusia 26 tahun ini, dia juga sibuk mengasah vokal dengan melakukan persembahan busking bersama rakan-rakan.

“Setiap hujung minggu saya akan busking di medan selera Uptown Damansara. Di situ saya menyanyikan pelbagai lagu termasuklah lagu yang menjadi permintaan pengunjung di situ.

“Saya anggap ia sebagai sesi latihan walaupun dilakukan secara santai di ruang terbuka. Alhamdulillah, saya menerima respon baik dari pengunjung di situ,” katanya syukur. 

Bekas peserta Mentor 7 ini bakal membuat persembahan di pentas separuh akhir MM34 bersama Amylea Azizan membawakan lagu Tetap Kamu yang merupakan ciptaan Farouk Roman dan Amylea. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Tue, 8 Jan 2019

‘Bukan Tak Nak Jumpa Mufti Tapi…’ – Safiey Ilias Tolak Jemputan ‘Mengeteh’?

Sudah diajak ‘mengeteh’, kenapa pula Safiey segan nak jumpa Mufti Wilayah Persekutuan?

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

「天生歌姬」A-Lin 720唱响云顶!门票3月5日开售

「天生歌姬」A-Lin 7月20日唱响云顶!门票将于3月5日公开发售。

Filem Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Fri, 20 Oct 2023
Featured Sat, 11 Dec 2021