Hiburan By: SGMS Faida January 28, 2019 @ 2:03pm

Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Sherry Ibrahim Bengang!

Pelakon Sherry Ibrahim berang apabila sekali lagi dituduh melakukan pembedahan kosmetik mencantikkan wajah.

Heroin drama Teduhan Kasih menafikan dakwaan berkenaan malah dakwaan melibatkan nama keluarga Sherry.

“Astaghfirullah Al-Azim. I Dapat Ni Tadi Dari One Of My Family Members. Banyak Yang Dia Tulis Tapi Malas Nak Letak Semua. Sebab Membuatkan IG I Nampak Tak Cantik.

“I akan marah kalau ianya melibatkan keluarga dan menjatuhkan fitnah sambil menyebarkan. First of all I don’t know you tapi you tulis macam you kenal and tau everything pasal I,” luahnya.

Pelakon berusia 36 tahun ini meminta agar pihak berkenaan berhenti menulis tuduhan ini dan membuat kenyataan tidak berasas.

“Stop tulis benda-benda macam ni and buat statement pandai-pandai. I feel sorry for you gal!” tulis Sherry.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Wed, 11 Jan 2023
Selebriti Mon, 15 Feb 2021
Featured Fri, 3 Sep 2021