Events By: Salma Syahbuddin September 17, 2018 @ 10:00am

Drama Terbaharu Vila Ghazara Penuh Konflik

Vila Ghazara adalah drama taruhan terbaharu slot Akasia yang membariskan nama-nama hebat seperti Mustapha Kamal, Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Syed Aiman, Aidil Aziz, Haleeda, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Elly Mazlein, Tunku Hanis dan Zaryn Min.  Drama terbaharu taruhan slot Akasia terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd yang diarahkan oleh Feroz Kader manakala skrip oleh Zulfkifli Ahmad & Norimy Omar ini akan mula bersiaran mulai 17 September ini. 

Vila Ghazara teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). 

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Sehingga anak-anaknya membawa diri. Jadi nak tahu apakah konflik yang terjadi dalam kehidupan Ghaz? 

Mungkinkah rasa benci di antara Arianna dan Hariz akan membibitkan rasa cinta? Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk mengikuti drama Vila Ghazara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Featured Sat, 13 Aug 2022
Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Sun, 29 May 2022
Hiburan Wed, 8 May 2019

Buka Baju Bukan Isu Besar, Hafidz Roshdi Masih Tahu Batas

Setiap gambar yang dimuat naik, saya akan tutup bahagian pusat.

Hiburan Tue, 5 Feb 2019