Dua kali putus cinta, supermodel Gigi Hadid dan penyanyi Zayn Malik kembali bercinta!

Pasangan yang putus pada 2018 dilaporkan kembali bersatu.

Menurut sumber kepada E! News, Gigi dan Zayn ‘rujuk’ pada Disember tahun lalu.

“Zayn mendekati Gigi pada bulan lalu dan hal ini disambut baik oleh Gigi. Mereka masih saling mencintai,” kata sumber memberitahu Zayn kini fokus terhadap kesihatannya.

Pasangan ini dilaporkan meraikan ulang tahun Zayn ke 27 di salah sebuah restoran Itali il Buco di New York, AS, Jumaat lalu.

 
 
 
View this post on Instagram

Zigi out in NYC 😍♥️

A post shared by Zigi 🇱🇧 (@zigihadid.malik) on

Sambutan itu turut dihadiri oleh kakak Gigi, Bella Hadid, ibunya Yolanda Hadid, adik lelakinya Anwar Hadid serta kekasih Anwar, penyanyi Dua Lipa.

Lebih menarik, Gigi dilaporkan menyewa ruang khas di New York untuk makan malam bersama.

“Berita gembira ini disambut baik oleh ahli keluarga Hadid. Mereka saling mencintai antara satu sama lain dan sudah anggap Zayn sebagai sebahagian daripada ahli keluarga,” kata sumber.

Terdahulu, Gigi sudah memberi bayangan bahawa dirinya sudah kembali ke pangkuan Zayn menerusi Instastory.