Hiburan By: SGMS Faida March 18, 2019 @ 5:36pm

Dua Tahun Menghilang, Tukul Arwana Rindu Mengacara

Pelawak Indonesia, Tukul Arwana mengaku rindu untuk kembali mengacara seterusnya muncul di kaca televisyen. 

Selepas dua tahun mengundurkan diri dari sebuah program popular yang mengangkat namanya di seberang, beliau meluahkan hasrat untuk kembali jika diberi peluang.

“ Yang paling saya rindu adalah membuat penonton ketawa dan bercanda dengan mereka. 

“ Menghiburkan penonton di studio merupakan salah satu hal yang saya rindukan,” katanya ketika muncul di salah sebuah program temubual di Jakarta, baru-baru ini.

Akui Tukul, beliau sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara jika ditawarkan program bersesuaian.

“ Boleh tapi perjanjiannya harus win-win ya. Perbincangan harus jelas dan memberi kesenangan pada dua belah pihak,” katanya.

Lelaki kelahiran Semarang ini mengaku masih mengikuti perkembangan dunia seni menerusi Instagram meskipun tidak lagi aktif.

Tukul Arwana pernah bergelar hos program Bukan Empat Mata selama 11 tahun di salah sebuah stesen televisyen milik kumpulan TransCorps.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Mon, 27 Apr 2020

PDRM Terima 300 000 Permohonan Rentas Negeri Dalam Masa 12 Jam

Angka yang dinyatakan ini juga dijangka akan bertambah berlipat kali ganda menjelang 29 April!

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

‘Tiada Istilah Kalah Menang…’- DS Vida Mohon Maaf Kepada Aishah

Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Selepas Ironman, Alif Satar Dinobat Personaliti Tahun 2019!

Apa saja yang Alif Satar tak mampu lakukan?

Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Ada Peminat Kritik Romansa Kita Tak Sedap, Ini Respons Siti Nurhaliza

Amboiiiiii, siapa yang komen tak sedap tu? 😌 Min dengar best je lagu Romansa Kita ni

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Apa Salah Saya, Asyik Kena Kecam Jer – Boy Iman

“Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak,” komennya ringkas.