Trending By: Attiqah Mohd February 25, 2020 @ 12:32pm

[Eksklusif] PM Malaysia, Tun Mahathir Akhirnya Dedah 5 Rahsia Mengenai Dirinya Yang Ramai Tak Tahu

Dalam kehangatan isu politik yang tertumpu kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad ketika ini. Sebenarnya ada beberapa fakta dan rahsia menarik yang korang tak tahu mengenai personaliti negarawan yang  mencecah usia 95 tahun ini. Nak tahu apa?  Korang wajib baca artikel ni sampai habis!

1. Seorang yang pemalu

Dalam kelantangan beliau berhujah dan mengemukakan pandangan, ada satu personaliti menarik mengenai Tun Mahathir yang sebenarnya sukar untuk dipercayai. Menerusi temubual eksklusif bersama hos Indonesia, Najwa Shihab. Tun Mahathir mengakui bahawa dirinya seorang yang agak pemalu.

Namun, beliau terpaksa mengatasi perasaan itu disebabkan profession dan kerjaya beliau sebagai ahli politik. Tun turut mengakui menjadi ahli politik menyebabkan beliau sentiasa berkomunikasi dan berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat menyebabkannya harus menjadi professional dan tidak terlalu menurut kemahuan diri. 

 

 

2. Minat yang mendalam terhadap industri automotif

Ramai yang tahu sikap Tun Mahathir yang gemar memandu kenderaan sendiri, beliau dilihat  bangga dengan memandu kenderaan Proton. Tun Mahathir turut mendedahkan bahawa beliau gemar memandu sekitar bandaraya sekiranya mempunyai waktu dan masa yang terluang. Dalam satu temubual ekslusif, Tun Mahathir turut mendedahkan bahawa beliau mempunyai minat yang mendalam dalam industri automotif dan kagum dengan kehebatan teknologi masa kini, maka tak hairanlah sekiranya Tun M ni mempunyai minat terhadap kereta.

 

3. Sangat mementingkan privasi dan eksklusiviti

Mempunyai perwatakan yang  bersifat agak “eccentric” dan bijak, Tun Mahathir dilihat sebagai seorang yang  mementingkan privasi dan ekslusiviti dalam kehidupan peribadi beliau. Beliau dilihat tidak menayangkan kemewahan hidup di khalayak umum, dalam satu temubual ekslusif, Tun Mahathir turut mengakui beliau masih memakai pakaian yang sama ketika beliau 30 tahun lalu. Beliau juga  dilihat sebagai seorang yang sentiasa tenang meskipun dipalit dengan isu kontroversi. 

 

 

4. Mr. Know-It-All, seorang pemikir

Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir sentiasa mengembangkan pengetahuan beliau melalui pembacaan. Malah, beliau menekankan bahawa menerusi pembacaan, minda seseorang akan sentiasa aktif meskipun sudah meningkat usia yang lanjut. Tun Mahathir juga merupakan seorang pemikir dan suka mengkaji sesuatu perkara untuk mengetahui sebab dan mengapa ianya berlaku. Tak hairanlah sekiranya hujah Tun Mahathir sentiasa disokong dengan fakta dan bukti yang kukuh. 

5. Mempunyai idea dan kreativiti luar biasa

Kita selalu dengar bahawa Tun Mahathir merupakan individu yang sentiasa berfikir 1o tahun ke hadapan. Justeru, beliau dilihat sebagai seorang individu yang bijak menggunakan idea yang ada dan mencipta sesuatu yang luar biasa. Menerusi kreativiti dan idea beliau, maka terhasillah mercu tanda KLCC, Putrajaya dan KLIA. Tun Mahathir juga dilihat sebagai individu yang sentiasa berfkir di luar kotak untuk memajukan negara. 

Hebat kan Tun Mahathir? Beliau sememangnya satu dalam sejuta. Yang penting jasa dan sumbangan Tun Mahathir terhadap negara akan sentiasa disanjung dan dikenang rakyat. 

Kredit: Najwa Shihab, Metro TV

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Aug 2023

Tak Sempat Pergi Honeymoon, Ainul Aishah Bengang Kena ‘Sound’ Sebab Pentingkan Diri?

Lahhh kenapa pulak nak kacau orang nak pegi honeymoon ni?

Featured Mon, 19 Sep 2022

“Pakai Rompers Ke Tu?” – Fesyen Nora Danish Dikritik, Netizen Dakwa Sengaja Nak Bukti Badan Kurus?

Nampak macam rompers tapi tolak tepi, yang penting style kot 😂😜

Featured Mon, 7 Nov 2022
Selebriti Fri, 26 Jan 2024
Kisah Viral Mon, 8 Aug 2022

Perkahwinan Di Selatan Thailand Perlu Segera Didaftarkan di Malaysia

Pasangan yang bernikah di Selatan Thailand perlu segera daftar pernikahan di Malaysia.

Hiburan Tue, 10 Oct 2023