Hiburan By: SGMS Faida April 9, 2019 @ 4:20pm

Ella, Kapten Azhar Dilantik Ikon Kemanusiaan, Bakal Terbang Ke Lubnan 26-30 April Ini

Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) bakal berkoloborasi dengan Ratu Rock Negara, Ella bagi melancarkan kempen #1follower1ringgit untuk mengutip dana yang akan disalurkan kepada pelarian palestin dan Syria di Lubnan.

Bagi memastikan bantuan kemanusiaan berterusan dapat diberikan kepada pelarian di sana, KKB berbesar hati atas kesudian Ella dan Kapten Azhar atas inisiatif diberikan untuk menjadi ikon kemanusiaan bagi menjayakan kempen #1follower1ringgit ini.

“ Sasaran kempen adalah untuk mengutip dana sebanyak RM 500,000 bagi menampung keperluan pendidikan, kesihatan, makanan dan kewangan pelarian.

“ Sebahagian aktiviti kempen ini adalah untuk mengadakan lawatan pada 26-30 April ke beberapa kem penempatan pelarian di Lembah Bekaa, Lubnan untuk melihat sendiri keadaan hidup mereka di sana.

“ Kami juga akan membawa ikon kemanusiaan kempen, Ella dan Kapten Azhar melawat beberapa keluarga untuk mendengar cabaran hidup mereka sebagai pelarian, lawatan ke sekolah dan pengagihan bantuan makanan di sana,” kata Dr Roslan Ahmad selaku Pengarah Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB).

Sementara itu, beliau berharap lawatan ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai realiti kehidupan yang dialami oleh pelarian Palestin dan Syria dan melahirkan rasa syukur di kalangan rakyat Malaysia.

KKB juga berharap ini dapat menjadi ‘jambatan’ untuk orang ramai yang ingin membantu mereka.

Kempen ini telah bermula pada 15 Februari 2019 dan akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan 1440H bagi membolehkan lebih ramai orang turut serta menyumbang bersama Ella dan Kapten Azhar.

Layari laman web rasmi KKB iaitu www.kkb4u.org atau hubungi KKB di talian 03- 2181 7552 atau pengarah projek (Puan Hafiza 017-5759 783). Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan boleh salurkan sumbangan ke akaun-akaun berikut;

MAYBANK- 5571 5731 5233

BANK ISLAM- 140140 101 52198

RHB- 2641 330 0023 705

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 13 Apr 2018

Alamak…Ribut Kuat Jejas Taj Mahal!

Seorang wakil daripada agensi Archaeological Survey of India, Bhubanesh Kumar menyifatkan kerosakan itu sebagaikecil dan akan dibaik pulih oleh satu kumpulan pakar.

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bosan ‘Diserang’ Netizen, Ayu Ting Ting Minta Carikan Suami

Semoga Ayu segera bertemu jodoh. Manalah tahu, jodoh Ayu mungkin orang Malaysia? Eh!

Hiburan Thu, 19 Dec 2019
Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Jay Park Umum Bersara?

OMG, biar betul?

Hiburan Wed, 26 Oct 2022
Hiburan Sun, 18 Mar 2018

四叶草渴望得娱协新人奖「许佳麟最没杀伤力」

出道5年的Joyce四叶草(朱主爱)近日带着推出个人首张专辑《我来自四叶草》返马宣传!以新人姿态入围《娱协30》新人奖的她直呼很爽,并视车志立为竞争对手;她还打趣说“许佳麟最没杀伤力,他出道10年了就让我这个出道5年的吧!”

Filem Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Wed, 12 Jun 2019