Hiburan By: SGMS Faida October 10, 2019 @ 10:00am

Ehem…Erra Fazira Bawa ‘Someone’ Dalam MV Terbaharu!

Primadona kesayangan ramai, Erra Fazira kini muncul kembali dengan sebuah single terbaru berjudul ‘Menangkah Cinta’.

Lagu berkonsepkan pop balada ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Iman Imran ini menjadi taruhan terbaru Erra setelah sekian lama tidak muncul di dalam dunia nyanyian.

Walaupun terlibat dengan pelbagai penampilan di kaca televisyen dan lain-lain media, single ini meraikan kembali Erra di dalam dunia nyanyian.

Selaku penerbit dan komposer untuk lagu ini Hafiz berkata “Saya begitu teruja apabila Erra Fazira sudi menyampaikan lagu ini dan saya begitu mempercayai bakat dan aura yang ada pada beliau.

“Saya tidak mengambil masa lama untuk menerbitkan lagu ini kerana beliau begitu professional dan melakukan persediaan rapi sebelum proses rakaman dilakukan.

“Saya senang sekali bekerjasama dengan Erra dan saya berharap supaya lagu ini terus mengukuhkan kedudukan Erra di persada hiburan tanah air.” katanya.

Lagu ini diinspirasikan dari sebuah novel penulisan Iman Imran juga bertajuk Menangkah Cinta.

Selaku seorang penulis lirik yang pernah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, sentuhan Iman Imran kali ini begitu puitis dalam menterjemahkan maksud lagu ini.

Lagu ini telah pun berada di semua platform digital mulai 27 September lalu. Apa yang lebih membanggakan, lirik video lagu ini telah mencecah lebih 100 ribu tontonan di YouTube.

Bersempena dengan itu, semalam 9 Oktober 2019, pihak Strumhit dan Sony Music Malaysia melancarkan video muzik rasmi Menangkah Cinta, yang sudah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube ErraFazira VEVO tepat jam 8.30 malam tadi. 

Muzik video ini telah dirakamkan pada pertengahan bulan September yang lalu di Cyberjaya.

Apa yang lebih istimewa ialah kemunculan khas Shahir AF di dalam muzik video ini.

Di samping itu single ini juga menjadi salah sebuah lagu tema dalam drama bersiri terbaru ‘Sara Sajeeda’ di slot Samarinda, TV3.

Di dalam kesibukan jadual harian Erra Fazira sebagai Pelakon, Pengacara, Duta dan Jurucakap produk serta sebagai ibu, beliau tetap komited untuk memastikan single ini diterima ramai khususnya di stesen-stesen radio, TV serta di media sosial.

Menangkah Cinta merupakan terbitan Strumhit Entertainment dan Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

RUNNING MAN’S PRODUCER REVEALS HIS TRUE FEELINGS ABOUT CAST MEMBERS

Running Man is the hottest Korean reality TV show. All the cast members are truly loved around the world too! But have you ever wondered what the producer really thinks of them?

Hiburan Fri, 21 Dec 2018

Kemelut Perkahwinan Elvina Mohamad Belum Tamat?

Semoga perselisihan faham ini dapat diselesaikan dengan baik… Insya Allah.

Hiburan Wed, 3 Oct 2018
Featured Wed, 7 Dec 2022

Kongsi Video Di Hospital, Ramai Cemburu Cara Izzue Islam Layan Isteri Penuh Kasih Sayang – “Setia & Bahagia..”

Bagus Izzue ni. Seorang suami yang sangat penyayang dan setia! Moga dipermudah segala urusan ❤️

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

Belum Move On Dengan Camelia, Diana Danielle Bakal Beraksi Dalam “Syurga Untukmu” Pula!

Lakonan Diana tak pernah mengecewakan. Tak sabar nak tengok Syurga Untukmu pulak!

Hiburan Sun, 23 Jun 2019
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

黄明志再为四叶草打造洗脑歌 MV与台湾知名优管红人合作

大马网络红人Joyce四叶草推出首张专辑《我来自四叶草》,这次最新主打歌《莫名其妙爱上你》请来台湾优管红人(Youtuber)「这群人TGOP」和「重量级」合作拍MV,以校园纯爱剧情,一改红人搞怪形象,让MV一出街粉丝直夸“萌萌哒!”