Sesiapa yang mengikuti ‘socialite’ terkenal Malaysia, Marion Caunter di laman instagram @marioncaunter pasti menyedari bahawa beliau suka memakai baju yang sedondon dengan anak-anaknya, Leia Rose dan Lana Rose. Tapi boria bukan sebarang boria ya? Pakaian Marion Caunter dan anak-anak kebanyakannya dari label terkenal antarabangsa seperti Dolce and Gabbana, yang rekaannya amat ‘fun and flirty‘ sama ada untuk yang dewasa mahupun kanak-kanak. Sehelai gaun kanak-kanak dari jenama ini boleh mencecah lebih dari seribu ringgit!
Marion juga dilihat memilih pereka tempatan seperti Fiziwoo, Bernard Chandran dan Khoon Hooi untuk mereka pakaian sedondon bagi diri dan anak-anaknya sempena menyambut Hari Raya seperti yang dikongsikan di laman instagramnya. Ramai netizen memuji pakaian sedondon anak-beranak ini yang sentiasa tampak ekslusif dan bergaya. Pengikut-pengikut instagram Marion Caunter sentiasa tertunggu-tertunggu ‘ootd‘ (outfit of the day) Marion dan anak-anaknya tatkala bercuti di luar negara dan teruja melihat pakaian dan lokasi percutian mereka.