Hiburan By: Del14 September 5, 2019 @ 11:08pm

Gara-gara Berat Badan, Aishah Tak Lalu Makan

Pertama kali saya mendengar suara penyanyi  tersohor tanah air, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, adalah semasa dia masih dikenali sebagai Aishah and The Fan Club. Teringat lagi sewaktu kecil, saya dan adik saya akan berangan sambil menari lagunya yang popular, ‘Call Me’. Those were the days…and fast forward years later  namanya tetap meniti di bibir peminat muzik tanah air. Pejam celik, Aishah sudahpun berada di industri ini selama 32 tahun!

 

Namun sewaktu sidang akhbar ABPBH 2019 baru-baru ini, mata tertumpu pada susuk tubuhnya yang makin kurus selepas pembedahan biatrik atau ‘gastric bypass’ awal tahun lepas.

 

Baca:https://www.xtra.com.my/ms/category/entertainment/posts/hilang-20-kg-aishah-tak-ralat-makan-dua-suap-selama-lamanya

Apabila ditanya wartawan, Aishah mengatakan sehingga kini dia telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak lebih kurang 26-27 kilogram dan dia bercita-cita untuk mengurangkan lagi beratnya sebanyak 15 kilogram untuk mencapai berat badan yang ideal.  Namun katanya selepas kehilangan berat badan yang banyak, ia semakin sukar untuk turun kerana faktor metabolism yang berkurangan dan faktor usia yang memperlahankan progres penurunan berat badan itu.

 

Katanya lagi, terkini dia berusaha untuk berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis tetapi gagal untuk mencuba ‘Intermittent Fasting” kerana idea untuk tidak makan selama 20 jam sehari (puasa makan je…boleh minum air kosong atau kopi tidak bergula) menakutkannya.

 

“Selepas pembedahan biatrik, saya rasa lebih mudah untuk menyanyi. Stamina pun bertambah baik.  Saya memutuskan untuk menjalani pembedahan biatrik ini selepas saya pulang dari percutian ke Eropah Timur bersama-sama Astro yang merupakan hadiah saya setelah memenangi Gegar Vaganza Musim ke 4. Semasa percutian itu saya berjalan begitu banyak sehingga nak tercabut kaki. Tekanan darah tinggi dan kolesterol juga di tahap yang membimbangkan. Sebab itu saya telah bertemu dengan doktor yang disarankan oleh Chef Zam yang mengesyorkan pembedahan biatrik ini” katanya lagi.

 

“Usia yang makin lanjut buat saya sedar dan mencuba sedaya-upaya untuk menjalani hidup yang lebih sihat terutama sekali bila melihat orang sekeliling kita jatuh sakit” ujarnya.

 

Setelah pembedahan itu walaupun dia mempunyai keinginan untuk makan, Aishah berkata dia hanya mampu mengambil  3 hingga 4 suapan sahaja sebelum merasa kenyang. Walaupun makan di dalam kuantiti yang sedikit, tetapi ianya lebih kerap. Kepada yang skeptikal dengan penurunan drastik berat badan Aishah, asal kan apa yang kita buat itu selamat dan dapat ‘lampu hijau’ dari doktor yang bertauliah, inshaAllah semuanya baik-baik sahaja. Semoga Aishah dapat memberikan persembahan yang terbaik di ABPBH 2019 nanti. 

Oleh: Wartawan Lokasi Faz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Cukuplah 7 Tahun, Ego PADI Kini Berakhir…

Akui mereka lagi, kemunculan semula Padi Reborn kini lebih matang dan mereka lebih mengenali antara satu sama lain…Terbaiklah Padi Reborn!

Featured Wed, 6 Sep 2023
Featured Tue, 3 Jan 2023

Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

Jika benar bagai dikata, moga bekas isteri Luqman kekal tabah 🥲❤️

Hiburan Wed, 22 Nov 2017

GWYNETH PALTROW AND GLEE CREATOR ENGAGED

Gwyneth herself has admitted to being superb at being a mother among many other things. But, if there’s one thing that she’s highly vulnerable to is romantic relationships.

Featured Wed, 16 Nov 2022

Tunaikan Permintaan, Siti Nurhaliza Buat 44 Kali Tendangan Sempena…

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan permintaan jurulatih peribadi yang menyambut ulang tahun kelahiran.   View this post on Instagram   A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) Menerusi hantaran yang dikongsikan Siti […]