Hiburan By: SGMS Faida January 2, 2019 @ 3:35pm

‘Good Luck, Elfira’- Sufian Suhaimi

“ SELAMAT maju jaya untuk Elfira dan pasangannya,” kata penyanyi Sufian Suhaimi mengenai pernikahan bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy, hari ini.

Sufian ketika dihubungi berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan Elfira dengan Muhammad Faris Khairol Anuar.

“ Tiada apa yang ingin saya katakan sebab kami sudah lama meneruskan kehidupan masing-masing.

“ Saya pun gembira menikmati kehidupan saya sekarang,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Terdahulu Sufian dan Elfira bertunang pada Oktober 2017 dan mengambil keputusan untuk meleraikan ikatan terbabit empat bulan kemudian.

Elfira selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar, pada pagi hari pertama tahun baharu 2019.

Dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin, majlis bermula 9 pagi itu berlangsung dalam majlis tertutup di Cyberjaya.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Selepas Pematah Hati, Vroom Vroom Lah Pula!

Tak sabar nak dengar lagu terbaru Nabila! Lagu-lagu ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong ni selalunya memang ONZ.

LIFESTYLE Thu, 3 May 2018

4 Tips Mengenali Lelaki Panas Baran

Panas baran perlu dikawal agar tidak menjadi keterlaluan. Harap dengan perkongsian 5 tips ini dapat membantu untuk mengenal lelaki panas baran

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Boleh Ke Nazim Othman Ni Jadi Kelakar?” – Ruhainies

Ruhainies dan Nazim Othman berlakon bersama

Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖